kehidupan mereka dikatakan hampir menyerupai manusia..mempunyai keluarga, hidup secara berkelompok persis kehidupan manusia..tetapi adakah ianya benar-benar wujud
di sebalik dunia nyata yang kita tempuhi ini, ada kehidupan yang sama dengan kita tetapi terselindung daripada pacaindera kita..mereka dikatakan mempunyai aktiviti seperti manusia seperti berkompang dan berzanji.
kata pusat rawatan Islam Manarah di kuang,Selangor, Dr janik sidik: yang membezakan kita dengan dengan alam bunian adalah dari segi berpakaian..mereka memakai hanya satu warna..dari baju hingga ke seluar semuanya sama..
ada sesetengah individu yang pernah menyatakan bahawa mereka telah pergi ke alam bunian dan ada sesetengahnya telah berkahwin dan mempunyai anak dengan bunian terbabit. tetapi tidak pasti kesahihan cerita terbabit.
ada aku terbaca satu entri yang menceritakan kewujudan alam bunian ini..
cerita ini berlaku di gunung jerai.. dikatakan di kawasan terbabit terdapat kawasan penempatan bagi orang bunia terbabit.. disana terdapat perkampungan yang sama dengan perkampungan manusia..peristiwa ini terjadi kepada sekumpulan pelajar yang memasuki hutan terbabit..tetapi mereka mengambil keputusan unutk tidak masuk kedalam perkampungan terbabit.
satu lagi kes berlaku di kota tinggi, johor dimana dua orang pemuda mencari rotan..tatapi hanya seorang pemuda yang berjaya keluar dan seorang lagi telah hilang..operasi mencari dilakukan tetapi gagal sehingga semunya menyatakan bahawa lelaki terbabit telah meninggal akibat dibaham binatang buas..beberapa tahun kemudian lelaki itu datang dengan membawa anak dan isterinya pulang ke rumahnya..dia menceritakan bahawa dia telah berjumpa dengan sebuah rumah di dalam hutan terbabit. dia telah bermalam di situ..apabila dia hendak pulang, tuan rumah itu melarang dan menyuruhnya untuk menikahi anaknya..selepas setahun berlalu dia dibenarkan pulang berjumpa dengan keluarganya semula..akan tetapi lelaki itu diberi pilihan sama ada mahu terus hidup di alam bunia atau pun mahu hidup di alam manusia..dia memilih untuk tinggal di alam bunian terbabit..
kes seterusnya adalah berkisah tentang dua orang sahabat yang telah bertemu di kabin jemaah haji..
kes ini telah lama berlaku,sewaktu jemaah haji menggunakan kapal laut untuk menunaikan haji..di situ mereka saling bertukar-tukar alamat.. apabila pulang, sahabat yang berada di Kedah ini mahu melawatnya sahabatnya di muar, johor..diberikan alamat itu kepada pemandu teksi apabila sesampainya dia di muar..akan tetapi alamat tersebut tidak wujud..apabila dia dan pemandu teksi sampai di kawasan tersebut , memang didapati tiada penempatan di situ..selepas berjalan masuk barulah dia menjumpai penempatan dan rumah kenalannya di situ..tetapi selepas berada beberapa ketika di atas tangga rumah kenalannya itu, datang seorang pemuda dan menolak sahabat terbabit..apabila dia terjatuh didapati rumah itu tidak wujud dan diggantikan dengan kawasan belukar..
cerita yang aku ceritakan ini adalah dari apa yang aku baca dan perolehi..setiap apa yang terjadi ada hikmahnya..
mengenai semua kejadian yang berlaku ini hanya Allah yang mengetahui segalanya..kita sebagai makhluk yang diciptanya-Nya harus sentiasa taat dan patuh pada setiap perintah-Nya..
waallahualam....
No comments :
Post a Comment