Saturday, 26 October 2013

tempat menarik di Langkawi..

anak kelahiran Langkawi??..aku bukan...hahaha..tapi aku dibesarkan di Langkawi..pokoknya Langkawi tu dah jadi kampung halaman aku kalau aku nak pulang berhari raya atau bercuti..mak ayah aku masih di sana...
Langkawi menjadi kunjungan pelancongan setiap tahu tidak kira dalam negara mahupun luar negara..banyak tempat menaik yang boleh dilawati...kepulauan Langkawi plak amat unik kerana dikelilingi oleh gugusan pulau-pulau kecil yang pasti mengamit pandangan para penggunjung untuk ke situ..
kalau dilihat dari segi pengunjung yang datang ke Lnagkawi adalah untuk merehatkan minda di kawasan-kawan pantai..aku sendiri tidak dinafikan akan pergi ke pantai jika pulang ke kampung..Antaranya pantai chenang yang amat menarik perhatian..perjalanan yang mengambil masa sekurang-kurangnya setengah jam dari pekan Kuah..antaranya yang menarikan di pantai chenang adalah underwater world..yang menarinya di sana terdapat pelbagai jenis ikan dan juga penguin...tentunya anda tak akan jemu untuk singgah di sini..
                                              pantai chenang..
                                      underwater world langkawi
kedua yang anda boleh lawati adalah cable car langkawi..aku yang tinggal di Langkawi amat teruja nak menaiki cable car di situ..anda boleh melihat hampir keseluruhan pulau Langkawi apabila berada di sana..permandangannya begitu mengasyikan dan pasti mata kita terlena dengan pemandangan yang disajikan di puncak gunung mat cincang...rugi jika anda melepaskan peluang untuk menaiki kereta cabel ini...permandangan matahari tenggelam akan menusik mata setiap yang memandangnya..
      
                                            cable car Langkawi
seterusnya anda boleh melawat dataran helang..di sini telah dibina replika burung helang yang besar bagi mengamit pelancong yang datang ke Langkawi yang menggunakan khidmat feri..dataran helang adalah tempat yang sesuai untuk merakamkan setiap memori anda di pulang Langkawi..di sekelilingnya juga terdapat kedai-kedai kecil yang turut menjual cenderamata untuk dibawa pulang..apa lagi, di sini lah peluang anda untuk melihat permandangan laut dan kapal-kapal yang turut berlabuh di situ..
 dataran helang langkawi..

selain itu, tempat yang menjadi sejarah bermulanya kerajaan di langkawi..Makam mahsuri antara tempat yang menjadi salah satu pilihan pelancong yang datang ke pulau langkawi..mahsuri yang telah difitnah dan dihukum..tetapi akibat dia wanita yang tidak berdosa, darah yang mengalir keluar adalah darah putih..nak tahu cerita selanjutnya boleh lah anda datang melawat ke makam mahsuri..perjalanan yang mengambil masa setengah jam dari bandar kuah...pasti anda akan teruja dengan rumah yang dibina semula di tapak rumah mahsuri dan juga telaga mahsuri..jemput-jemput lah menjenggah di makan mahsuri ye...
  makam mahsuri                                        telaga mahsuri...
seterusnya,anda boleh la melawat jetty awana porto malai..disini anda akan disajikan dengan permandangan laut dan juga kapal-kapal yang berlabuh disitu..terdapat juga kapal dato Azhar Mansur iaitu "jalur gemilang yacht" yang dibawa beliau menggelilingi dunia satu ketika dahulu..mesti anda teruja untuk datang ke sini..
 awana porto malai

ini yang menjadi daya tarikan pelancong apabila sampai di langkawi..tudiiiiiaaaaa habaq mai...kilang gamat langkawi yang menyajikan seribu kepuasan kepada penggunjung..jika datang ke langkawi, tidak lengkap jika anda tidak singgah di kilang gamat yang terletak di mata air, langkawi..menyajikan pelbagai produk yang dihasilkan oleh gamat..terdapat  kilang gamat iaitu kilang gamat nusantara dan juga kilang gamat warisan..disini produk yang dihasilkan bergitu berkualiti dan harganya juga murah...
   kilang gamat

mari..mari..mari..singgah pulak anda di kilang batik langkawi..disini anda boleh mempelajari dan melihat cara batik dicanting...tentu kita tidak akan puas melihat hasil kerja yang dihasilkan dengan penuh ketelitian dan juga hasil kerja yang amat berkualiti..disini pelbagai hasil batik dikeluarkan dan boleh dibeli dengan harga yang berpatutan..kawasannya terletak berhampiran kilang gamat nusantara..apa salahnya menjenggah ke sini alang-alang anda sudah berada di langkawi..beli minyak gamat seterusnya menbeli kain batik untuk dibuat ole-ole untuk family dan orang tersayang..
 kilang batik
ada satu lagi satu aktiviti apabila anda datang ke langkawi..tidak lengkap kiranya anda tidak merasai nikmat menaiki bot-bot kecil(island hopping) untuk melawat pulau-pulau kecil di Langkawi..pakej yang sesuai untuk anda yang ingin menerokai alam semulajadi dan menikmati keindahan pulau di sekeliling pulau langkawi..tidak mahai jika dibandingkan dengan pengalaman yang anda akan dapat jika menikmati pakej ini..antara pulau yang akan dibawa apabila anda mengambil pakej island hopping ini ialah 
i)tasik dayang bunting
di sini anda akan disambut dengan alam semulajadi sememangnya menarik perhatian anda..anda akan disambut dengan unggas dan binatang di situ..jangan terkejut jika melihat monyet-monyet yang berada disitu..monyet disitu telah biasa dengan kehadiran pengunjung yang datang..disitu anda akan menaiki tangga untuk masuk kedalam hutan..meniti tangga di situ memberi anda kemanisan percutian di langkawi..selepas itu anda akan sampai ke tasik dayang bunting..kawasan tasik yang luas akan memikat pandangan anda..disini anda akan dibenarkan mandi dan juga bermain aktiviti air yang lain...
kawasan tasik dayang bunting
ii)pulau beras basah
pulau yang pasirnya memutih, airnya yang jernih pasti dapat memikat keterujaan anda apabila berada disini..airnya yang jernih sehingga boleh kita rasai apabila berada di dalamnya..sungguh mengasyikkan bagi pengemar alam semulajadi..kawasan hutan di sekelilingnya menyimpan pelbagai khazanah..
 pulau beras basah
iii)memberi burung helang makan..
disini anda berkesempatan untuk memberi burung helang makan dan melihat sendiri habitat burung helang terbabit..anda akan teruja melihat burung ini secara dekat..
 memberi makan burung helang
banyak lagi tempat yang menarik di langkawi yang mungkin saya tidak sebutkan disni..tetapi jika anda datang pelbagai kepuasan yang anda akan perolehi..
sesuai dengan gelaran pulau permata Kedah..langkawi sememangnya manarik dan sesuai untuk keluarga yang hendak bercuti..bagi pasangan yang hendah berbulan madu, boleh datang ke langkawi untuk menerbitkan bibit-bibit kasih sayang antara pasangan anda..
tidak perlu berbelanja mahal untuk datang ke langkawi..pelbagai pakej perlancongan yang disediakan di pulang langkawi yang boleh anda ambil..
nie antara gambar  kawan-kawan aku yang datang ke langkawi untuk bercuti di langkawi...



SELAMAT MELANCONG KE LANGKAWI...

2 comments :

  1. best kan melancong di pulau langkawi...;-)

    ReplyDelete
  2. banyak tempat menarik kat langkawi yg boleh dilawati.. ^_^

    ReplyDelete