Saturday, 26 October 2013

tanda-tanda anda jatuh cinta

“Tiba-tiba aku terasa macam perasaan manis menerjah..mungkin teringatkan seseorang..syyyyuuuuuhhhh…pergilah..banyak kerja aku kena buat takkan asyik kau je yang datang menerjah…”

Itu mungkin bait-bait cinta yang mula berputik pada setiap insan..aku selalu juga dengar cerita cinta cintun kawan-kawan aku…tv juga sering menayangkan cerita-cerita cinta..dari hindustan,indonesia, malayu semuanya tentang cinta..fuuuhhhhhh….
                                                 
Kat sini aku nak kongsi tanda-tanda korang jatuh cinta..hehehehe
1.Sukar tidur malam
Anda sukar melelapkan mata dan sering terbayangkan si dia. Seringkali peristiwa bersama si dia bermain di minda dan membuatkan anda angau memikirkan dia.
2.Berdebar Bila Berdepan
Apabila berdepan dengannya anda sentiasa berdebar-debar dan serba tak kena. jantung anda berdetak kencang dan tangan sejuk semacam. Kalau bercakap mula gugup dan gagap tak tentu hala.
3.Membaca tips cinta
Anda mula suka membaca tips tentang percintaan sedangkan sebelum ini anda tidak pernah melakukannya                                         
4.Cemburu
anda mula cemburukan dirinya terutama jika dia beramah mesra bersama insan lain atau ada insan lain yang memberi lebih perhatian terhadap dirinya. Anda mula merasa kedudukan anda tergugat
5.Rindu
Perasaan rindu terhadap dirinya mula berbunga mekar. Walau sehari tidak bertemu anda mula rindukan dirinya
6.Sibuk Bertanya Khabar
anda sibuk bertanya khabar tentang dirinya walau sesibuk mana sekalipun rutin harian anda. Anda sentiasa menjadikan dia keutamaan dalam hidup anda untuk mengetahui khabar berita darinya.
                                         
7.Bersemangat
Setiap hari anda merasa bersemangat untuk melalui hari-hari mendatang kerana kehadirannya memberi keceriaan dan kebahagiaan kepada diri anda
8.Terbayang
Apabila dia tidak muncul atau menghilangkan diri anda mula terbayang-bayang akan dirinya.
9.Berminat Tentang Dia
Anda sudah mula berminat mengetahui segalanya tentang dia dan latar belakang dirinya. Anda mula menyibuk nak lihat segala gambarnya di facebook dan instagram, mula stalk apa yang dia tweet di twitter agar anda tau apa saja yang berkaitan dengan dirinya.
10. Menjaga keterampilan
Anda sentiasa menjaga keterampilan diri dihadapan dia agar dia sentiasa melihat anda dalam keadaan kemas. Anda sentiasa mahu tampil hebat bila berdepan dengannya.
                                            

11. Menjadi Manja Dan Romantis
Ada kalanya juga cinta boleh mengubah seseorang itu daripada seorang yang serius kepada seorang yang manja dan romantis. Mungkin selama ini anda tidak pernah membeli anak patung atau bunga, tetapi sesudah anda (lelaki) memiliki seseorang yang istimewa di dalam hati anda akan membuang perasaan malu anda untuk ke kedai dan membeli anak patung di hari jadinya.
Begitu juga dengan wanita, mungkin anda tidak pernah membeli selain dari barangan wanita anda akan ke kedai untuk membeli barangan lelaki untuk dihadiahkan pada si dia pada hari jadinya.
                                                   
12. Sering Ungkapkan Kata-Kata Cinta
Secara tidak sedar anda akan sering mengungkapkan kata-kata cinta yang tidak pernah anda ucapkan sebelum ini. Kalau sebelum ini anda amat payah untuk mengatakan “saya rindukan awak”, “saya tidak boleh hidup tanpa awak”, “awak istimewa buat saya”, dan sebagainya pasti anda akan menyebutnya demi untuk meyakinkan si dia untuk menerima anda. Kadangkala sampai terbawa-bawa di dalam mimpi.
                                         
13. Filem Cinta, Lagu Cinta, Buku Cinta Dan Majalah Cinta
Secara tidak sedar juga anda akan mula berminat untuk menonton filem berunsur cinta, mendengar lagu-lagu cinta, membaca buku dan majalah yang berkaitan cinta. Sedangkan sebelum ini anda lebih berminat untuk menonton filem aksi, lagu-lagu rock, dan membaca buku komik. Itulah tandanya anda telah jatuh cinta.
14. Sentiasa Bersama
Disaat anda jatuh cinta, anda sentiasa ingin disampingnya dan kalau boleh setiap hari dan apa yang si dia dan apa yang anda lakukan ingin dilakukan bersama. Belajar, makan, menonton wayang, membeli belah dan sebagainya ingin bersama-sama. Anda akan merasakan anda tidak boleh buat semuanya tanpa si dia.
                           
hubungan cinta nie ada asam garam..ada sesetengah tu bercinta bertahun-tahun tapi tiada jodoh..ada juga cinta pandang pertama..jumpa-jumpa terus berkenan di hati..cinta tu senang hadir dalam diri kita tapi susah untuk dilupakan..jadi kita seharusnya sentiasa mempersiapkan diri dengan segala kemungkinan..cinta tu manis kalau dirasai tetapi pahit apabila kita kecewa terhap cinta..tetapi yang kekal adalah cinta pada pencipta-Nya
                                  

No comments :

Post a Comment