Assalamuailakum…
Semasa senang ramai kawan yang datang,
Tapi kalau
kita susah fuhhhhhh batang hidung pun tak Nampak…
Nie kawan-kawan yang aku anggap tak boleh dibuat kawan…time
kita senang menempel je tapi apabila time kita susah lari tak cukup tanah..aku pernah mengalami masalah macam nie..tapi
alhamdulliah setakat nie tak ramai rakan-rakan aku yang berperangai macam nie..
Kat sini aku nak cerita serba sedikit jenis atau sifat kawan
yang aku sendiri tak suka
1)bermegah-megah
nie kisahnya habis semua luar dalam dia nak cerita..tentang
dia anak orang kaya, duit banyak,rumah berbuah-buah, duit banyak dalam
bank..kalau boleh dia nak cakap yang dia tu orang yang kaya..aku juga pernah
merasai berkawan dengan orang macam nie..hidup dengan menunjukkan diri hidup serba
mewah…pakaian branded kononnya..alih-alih aku pergi tengok baju pasar malam
ja..kan dah kantoiii….kalau setakat nak up diri tu aku tak kisah tapi jangan
sampai menjatuhkan orang lain yang kurang sikit pasal kemewahan nie..jangan la
nak angkat diri tu kalau setakat mak ayah kau yang kaya,kau tu belum
tentu..bukit yang tinggi tu pun kalau
ditarah hari-hari boleh tonggel..nie pulak harta ayah kau yang tak seberapa
tu..
2)talam dua muka
kuih talam??..sedap kan??..tapi kalau talam dua muka nie aku
rasa macam nak bagi penampor je kat diorang..bermuka sangat..depan kita nie
mulut manis tapi kat belakang kalah murai tercabut ekor..sosehh… sosehhhh dia
bercerita.. amboi kau jenah macam aku nie buruk sangat!!...hahahaha..kawan
macam nie cuba korang lempor kat dia talam kompom punya dia suka..dari aku
tengok muka kau baik aku tengok talam yang dah ronggak kat rumah
aku..hahahahahaha..
3)pengkhianat
Nie aku rasa kes paling
teruk..perghhhh..pengkhianat!!...kawan yang paling teruk di alam semester
nie..aku juga pernah dikhianati..amboi syok dia punya khianat tapi akhirnya aku
dapat tahu..tapi nak buat macam man semua dah berlaku..at last aku maafkan juga
sebab waktu kejadian maaf-maafan tu berlaku sedikit pengaliran air mata..macam
korang nangis waktu putus cinta atau layan filem Hindustan…hehehe..tapi aku
rasa nie la orang yang aku rasa paling aku benci..sedap-sedap je kau khianat
aku..tapi ingat sekali korang buat khianat kat rakan korang, korang akan dapat
balik tau..
4)mengongkong
Bab mengongkong nie pun menjadi satu hal..adoyaiiiii…apasal
la nak mengongkong sangat..kalau nak kawan tu biorlah ikhlas wahai sahabat-sahabatku…nie bukan mengongkong apa sgt pon, cuma mengongkong rakan supaya jangan berkawan dengan orang lain..dia je boleh
berkawan…mesti korang tak faham kan??..ak sendiri yang menaip nie pun tak
berapa faham..hahahahaha..
Nie diaaaa contoh situasi..
Rakan A:kau jangan la kawan dengan si C tu..kau kawan aku
sorang ja
Rakan B: emmmmmmhhhhhhh
Rakan C: :’(
Nampak disitu yang si A nie cuba mengongkong Si b…nak suruh
kawan dengan die sorang je ka…bab nie aku rasa mcam nak bagi penampor je kat si
A..apa salahnya kita kawan ramai-ramai…hahahahahaha..kes nie telah berlaku
sendiri ke atas rakan aku…macam nak bagi penampor je kat si Penggongkong tu…aku rasa baik kita bersahabat ramai..nie musuh ja makin ramai kita cari...hahahaha
5)Iri hati
Nie pula jenis kawan-kawan yang jenis suka menjauhkan orang lain..Iri hati yang
memang selalu wujud dalam diri setiap manusia..kalau iri hati ke arah pelajaran
atau nak jadi lebih baik tu bagus tapi kalu jenis iri hati dan jatuhkan orang
lain tu, aku rasa korang tak payah la berkawan atau bersahabat..situasi nie
berlaku pada aku waktu form 6..punya la iri hati sampai sanggup menjatuhkan
aku..alih-alih orang lain tak suka kat kau..hahahaha..apa salahnya kita
perbetulkan diri kita nie ke arah lebih baik kalau merasakan diri kita nie tidak sempurna..dan
bukan hanya tahu menjatuhkan satu sama lain..
6)mengambil kesempatan
Aku rasa nie perangai top 10 yang aku rasa kawan yang tak
boleh dibuat sahabat..amboi kau ,time kau susah, kau harap bantuan aku tapi
time senang kau lupa aku!!!...kalau nak apa-apa mulalah dia datang..melekat ja
aku dengan aku..adoiiiii..sering berlaku kat aku sekarang..ingatkan kalau dah
dewasa aku dapat la jumpa kawa-kawan yang matang tapi asyik ambik kesempatan
kat aku ja..kalau kau nak something dekat je kau datang kan..time aku susah,
asap moto kau pun aku x Nampak(nie sbb dia naik moto)..hahahhaha..
ada banyak lagi sikap rakan-rakan kita yang pelbagai ragam..aku pun tak terkecuali ada mempunyai sifat-sifat di atas..tapi selalulah muhasabah diri dan memperbaiki diri sendiri..tapi aku nak bagitau korang yang aku ada bff aku..rasanya banyak kenangan aku kongsi dengan dia..kiranya baik buruk aku semuanya dia tau..hahahahaha..
tak kisah la..tapi aku harap hubungan kitorang akan kekal until jannah..Insyaallah..amin..
ingat kawan yang baik akan menjadikan kita baik tapi kalau salah memilih kawan sebaliknya pula akan berlaku!!!...
my bff
nie aku rasa kawan baik yang aku pernah ada..cik Liza abu hassan(nama ayah sama la)..meh la kalau korang rasa nak berkenalan..hehehehe
aduhai..terharu pula membacanya..huhuhu..T-T
ReplyDeleteInsyaallah our relationship until jannah.. tq my BFF..
Delete