Sunday, 20 October 2013

villa nabila???....

sudah hampir 2 tahun lebih aku belajar di johor..entah tiba2 aku teringin hendak mengetahui cerita tentang villa nabila..mngkin cerita nie dah berkurun lama tapi aku tetap nak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku pada "nabila" pemilik nama VILLA NABILA...dari cerita  yang aku dengar dari rakan-rakan aku , Nabila telah mati dibunuh di villa tersebut..aku pun x pasti tentang kesahihan berita tersebut..

Villa NAbila dikatakan terletak di johor bahru (tempat aku study nie..hehehe), berhampiran danga bay..search punya search ak pon dapat la sikit maklumat pasal villa nie...hehehe...seram la pulak menaip cerita dalam library nie..al maklumlah esok test..kena la study sambil 2 aku search la cerita pasai villa nabila nie..
   
 NAMPAK TENANG JE PINTU MASUKNYA

cerita 1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

cerita 2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.

cerita 3– Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

 cerita 4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.


cerita 5– Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.




aku pon tak pasti kebenaran cerita-cerita yang aku dengar...moga kita terhindar dari segala musibah atau perkara yang tak diingini..

keep smile ^_^

No comments :

Post a Comment