Luluh hati aku bila baru-baru nie,
keluar berita seorang pekerja ditembak mati oleh perompak..yang sedihnya perompak tu pun turut
berkerja kat bank terbabit sebagai pengawal keselamat di situ..nie boleh
diumpamakan harapkan pagar, pagar makan pagi..
Apa salah wanita terbabit kau buat
macam tu..kalau betul-betul la kau nak rompak takkan sampai hati kau tembak
wanita terbabit..perompak tu mungkin hilang pertimbangan sebab tengok duit yang
banyak dalam peti besi tu..mungkin akal fikiran dia sudah tidak dapat berfikir
dengan baik sampai sanggup mengorbankan nyawa seorang wanita yang tidak
berdosa..
Kejadian ni berlaku pada petang 23
oktober 2013 lebih kurang 6.18 pm..ketika tu mangsa NOAZITA BINTI ABU TALIB ditembak oleh suspek ARDI BIN HAMZAH yang dikatakan berstatus warga sabah..tetapi
stastus kewarganegaraan tidak dapat dipastikan kerana beliau berkemungkinan
warga asing..
takziah aku ucapkan kepada keluarga mangsa...
Bercerita
tentang kes nie aku takut pulak..iya la ramai sangat warga asing kat
Malaysia..dah tu diorang berkerja pulak sebagai pengawal keselamatan..diorang
ditugaskan untuk menjaga keselamatan tempat diorang kerja tapi lepas berlaku kes macam nie terus aku berasa tak selamat…huhuhuhu
Lambakkan
warga asing nie juga makin meningkat dan boleh dikatakan semakin merungsingkan..entahlah
aku pun tak pasti punca lambakakn warga asing nie..sebab kerajaan kita yang baik hati??..atau
kuat kuasa undang-undang yang kurang..
Tetapi tak
tak semua warga asing yang berperangai sebegitu..ada sesetenggah yang datang ke
bumi Malaysia nie sebab hendak mencari nafkah dan rezeki yang halal buat kaum
keluarga di bumi mereka..kadang-kadang timbul perasaan kesian dan kagum dengan
kerajinan dan ketabahan diorang yang berkerja sebagai buruh di sini..
Apapun
aku rasa kejahatan atau perilaku seseorang bergantung kepada iman seseorang..kuatkan iman dan akidah..walau
kat mana kita duduk, kita akan bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah
berikan kepada kita..bersyukur lah kita dilahirkan dengan nikmat dan dilahirkan di Malaysia..jika dibandingkan dengan negara lain yang jauh lebih susah dari negara kita...
bersyukurlah dengan nikmat kurnian Allah pada kita
No comments :
Post a Comment