Sunday, 10 November 2013

pendakian gunung Arong

Mendaki bukit ibarat satu cabaran bagi aku..mana taknya daki bukit belakang UTM pun dah memenatkan aku..tu baru bukit yang rendah dan hanya mengambil masa sejam ja..hehehehe
balai cerap UTM


Pengalaman yang aku takkan lupakan iaitu aku terpaksa mendaki gunung Arong, Mersing..perjalanan yang mengambil masa hamper 4 jam dari UTM..perasaan yang tidak dapat digambarkan..takut, gembira, gelisah..
9/11/2013 (sabtu)
8.00 a.m
Bas sampai…kami seramai 40 orang telah menaiki bas bagi memulakan perjalannan menuju ke Mersing..


12.00 pm
Sampai..memasang khemah dan mengemaskan kelengkapan untuk memulakan treaking..sementara tu kawan-kawan aku sibuk menjamu selera…hehehe

1.30 pm
Menyiapkan mental dan fizikal untuk memulakan perjalanan mendaki gunung..perjalanan ke kaki gunung mungkin dalam setengah jam dari tapak perkhemahan..pelbagai masalah dan penat lelah akhirnya berbaloi apabila sampai ke puncak gunung..

4.30 pm
Selesai mendaki gunung..sesi bergambar pulak..kami sampai ke persisiran pantai..tergambar kepuasan pada setiap wajah pendaki..



5.30
Sampai ke tapak perkhemahan..siap sedia untuk masak..hahahaha..pengalaman menyalakan unggun api untuk masak..sekadar Maggie untuk mengalas perot..

8.00 pm
Berehat sementara mennunggu hari siang…kami mengambil waktu nie untuk berjalan-jalan di pesisiran pantai serta melakukan permainan bagi melepaskan penat setelah seharian mendaki gunung



10/11/2013 (ahad)
7.00 a.m
Berjogging di sekitar pantai..suasana pagi membuatkan setiap peserta berasa seronok dan telah melupakan penat mereka semalam..

10.00 a.m

Sarapan dan bersiap untuk pulang ke kampus..pengalaman yang tak mungkin aku lupakan…walaupon penat tetapi berbaloi..


pengalaman sebegini mengajar aku betapa susahnya untuk berjaya...penat lelah mendaki membuatkan kami lebih peka terhadap kehidupan yang akan kami tempuhi pada masa akan datang..keep smile.. ^_^



No comments :

Post a Comment