9/6 tanggal lahirnya seorang sahabat..bagiku dia sahabat terbaik yang pernah aku ada.. entah apa yang membuatkan dia bergitu istemewa bagi aku..selalunya orang berfikir yang teman atau sahabat selalunya orang yang kita kenal dari kecil.. tetapi aku mula mengenalinya asewaktu aku berumur 18 tahun sewaktu mula-mula aku menjejaki persekolahan di tingkatan 6.. aku menganggap dia terlalu istimewa bagiku..
tak dinafikan setiap persahabatan akan menghadapi konflik atau pergaduhan.tetapi bukanlah sesuatu yang besar kerana setiap pertelingkahan antara kami membuatkan aku semakin mengenali dia..sifat dia yang tegas dan penuh kasih sayang dan pengertian membuatkan aku selesa dengannya..
teringat aku waktu bermula persahabatan aku dengannya..kami bertegur walaupon belum mengenali..aku tidak ingat bila saat itu berlaku tetapi aku merasakan bahawa satu pertemuan itu menjadikan aku lebih matang dalam setiap pergaulan dan persahabatan yang aku lalui bersamanya..
pelbagai pengalaman yang kami kongsi bersama..tangis dan tawa bersama..hehehehehe..teringat waktu mengambil result MUET..dia yang melihat aku menangis turut sama menangis apabila result yang kami perolehi tidak seperti yang diinginikan...selang beberapa minit selepas tangisan itu kami sudah mula ketawa..entah aura apa yang dia berikan padaku kerana setiap kesedihan yang aku lalui itu hanya sekejap jika bersamanya..
sekarang sudah 6 tahun kami berkawan..aku tetap lagi bersamanya walaupon jauh dari pandangan dan jarak.. esok adalah hari lahirnya yang ke 23 tahun.. ingin sangat aku menyambutnya tapi jarak antara kami memisahkannya.. happy birthday and sweet 23..
sedar apabila aku jauh darinya membuatkan aku rindu persahabatan antara kami..membuatkan aku rindu saat kami bergelak..dia memberika aku perangsang dan semangat yang tak mungkin dapat diberikan oleh teman aku yang lain.. seorang yang tegas dalam memberikan pendapatnya dan tidak kedekut dalam setiap apa yang diperolehi olehnya..
-sahabat untuk sahabat-
No comments :
Post a Comment