Thursday, 12 December 2013

Rahsia Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir..

Dalam kelas membuatkan aku jemu..kawan-kawan aku sibuk Membentangkan assessment yang dibuat..aku pula sibuk update blog…hehehehhee…kat sini aku nak  cerita tentang personality dari kiraan tarikh lahir..nie hanyalah sebagai suka-suka je..
Mari Kita Kira..

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Lepas 2 korang boleh tengok Keterangan nombor lahir korang:

1. Ketulenan
# Hadir dengan idea baru.
#Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
#Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
 #Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
#Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
·         Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach


2. Pendamai
#Dilahirkan sebagai diplomat.
# Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
#Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
#Mereka tidak suka bersendirian.
#Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
# Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.


3. Ceria
# Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
# Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
# Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
# Mereka sangat popular dan idealistik.
# Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster


4. Konservatif
# Golongan ini sangat peka dan tradisional.
# Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
# Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
# Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
 #Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
# Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
# Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan


5. Perintis
# Mereka adalah perintis.
# Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
# Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
# Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
# Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
# Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.


6. Romantik
# Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
# Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
# Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
# Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
# Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
# Mereka suka seni musik.
# Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
# Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn


7. Intelektual
# Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
# Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
# Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
# Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
# Mereka sangat suka berahsia.
# Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana


8. Penyelesaian
# Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
# Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
# Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
# Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
# Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
# Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.


9. Pelakon
# Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
# Mereka sangat penyayang dan pemurah.
# Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
# Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
# Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
# Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
# Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Keep smile… ^_^

No comments :

Post a Comment