hahahaha..dengar tajuk pon dah membuat aku tersenyum...macam kena batang hidung ja..
tapi hina sangatkah orang yang berbadan besar??...
istilah "anak gajah", "3 G" sering dikaitkan dengan orang yang berbadan besar nie..kadang-kadang tercuit sedikit perasaan aku dengan kata-kata yang diberikan..
dulu zaman sekolah mungkin aku berasa rendah diri..mungkin sebab fizikal aku yang berbadan besar nie..sometime aku tak kisah tapi kalau selalu dijadikan bahan mungkin perasaan sakit hati tu timbul...tapi tak kisahlah..
berbalik pada kisah orang berbadan besar..ada ke jejaka yang akan menoleh atau menerima orang berbadan besar nie...itu juga menjadi kemuskilan pada aku..hahahaha..
mungkin ada sesetengah orang yang berbadan besar nie merasakan diri mereka teruk atau tak berguna..sukar untuk mencari jodoh dan sebagainya..
ada juga kawan-kawan aku nie yang cantik tapi pasangan dia tetap orang yang berbadan besar..so, kat sini kita tak perlu nak pertikaikan rupa paras atau bentuk fizikal seseorang..yang penting hati tu jauhkan dari sifat yang negatif..tak semestinya orang yang berbadan besar nie tak cantik..ade je..hehehehe
kat sini aku nak ceritakan satu pengalaman kawan aku sendiri yang berbadan besar dan "montel" nie..mungkin kita tengok ta ada yang istemewa padanya..tapi seorang jejaka yang aku boleh katakan agak kacak sekali tengok mencairkan hati..hehehehe..lelaki nie berkenan dekat si montel nie sebab dia comel dan juga peribadi yang dimiliki gadis tersebut adalah baik..jangan ingat orang yang berbadan besar nie tak ada orang nak..hehehehe
selalunya orang yang berbadan besar nie mempunyai pelbagai dilema..mungkin dilema melalui keadaan tubuh badan yang tidak menarik..susah nak cari saiz la, susah kawal makan la, susah tu la, susah nie la...macam-macam dilema yang dihadapi oleh golongan macam aku nie..mungkin beranggappan bahawa tidak ada kawan yang mahu berkawan, tidak dapat mencari jodoh dan sebagainya..

satu lagi aku nak mintak la pada pasangan yang mempunyai badan yang besar jangan la korang push pasangan korang untuk kurus..kesian pasangan korang tu..tapi kalau betul pasangan anda nak menguruskan badan, diorang boleh amalkan diet yang seimbang..bukan mendesak mereka supaya menurunkan berat badan secara teruk dan sekali gus memberi kesan yang buruk kepada mereka..
tak kisah apa pandangan orang pada kita tapi ingatlah yang jodoh telah ditetapkan oleh Allah...percaya pada setiap ketentuan-Nya..
Insyaallah....
^_^