
1.
Jangan menggoyang-goyangkan HP semasa signal lemah atau tiada. Hal ini akan
membuat si HP pening & mual..
2.
Jangan charge HP anda terlalu lama (setelah bateri sudah full) Hal ini akan
membuat bateri anda bunting/ melembung.. Jika itu terjadi, belum tentu anda
mahu bertanggungjawab & sanggup menikahinya..
3.
Jangan terlalu sering bermain game di HP.. Cubalah serius dengannya. Di dunia
ini tidak ada yg mahu dipermainkan..seperti anda juga..
4.
Jangan terlalu kuat memicit keypad atau skrin sesentuh HP anda. Jika ini
berlaku, HP anda akan mengalami cirit-birit lalu tercirit..
5.
Cucilah HP anda seminggu sekali agar bersih dari noda, bau & virus.
Bayangkan jika anda tidak mandi seminggu.. Begitu juga dengan HP anda..
6.
Pakaikan baju / jaket yang tebal pada HP anda. Hal ini akan membuat HP anda
berasa lebih nyaman dan selesa serta tahan masuk angin..
7.
Jangan terlalu sering mengisi topup kredit yang murah (RM5). Hal ini akan
membuat HP anda berasa rendah diri. Semakin mahal semakin tinggi harga
dirinya..
8.
Gunakan Facebook bersubsidi (0.facebook).. Hal ini akan menjimatkan kredit HP
anda..
9.
Jangan penuhi HP anda dengan sms dari skandal atau pasangan curang anda. Jika
kantoi, maka akan melayanglah nyawa HP anda (mungkin nyawa anda juga turut
melayang).
10.
Jika anda sedang stress, lemparlah HP pada tempat yang empuk / lembut. Hal ini
akan mengelakkan HP anda dari patah hati/tulang belakang.
Nie adalah Sekadar gurauan
pada pagi-pagi buta..korang boleh guna tips-tips yang aku bagi nie…hehehehehe
Ingat telefon pintar nie
bagi banyak kemudahan kepada kita..tapi gunalah ia ke arah kebaikan..
Keep smile ^_^
No comments :
Post a Comment