
Nama Mohd Izzat Izzudin Hussin menjadi popular secara tiba-tiba apabila tersebar khabar bahawa dia telah hilang dan mungkin disorokkan makhluk halus selepas memasuki sebuah rumah tinggal dikatakan berhantu dinamakan Villa Nabila di Danga Bay, Johor Bahru pada 16 November lalu.Khabar itu begitu kuat tiupannya sehingga ia trending di media sosial dan media konvensional juga tidak ketinggalan melaporkannya. Polis bertindak serius dalam isu itu sehingga menjalankan gerakan dengan bantuan anjing pengesan di sekitar kawasan Villa Nabila. Begitu kuat impak kisah Mohd Izzat, sehingga Ketua Polis Johor (CPO), Datuk Mokhtar Md Shariff sendiri mengadakan sidang media untuk mengesahkan penemuannya beberapa hari selepas dia hilang.
Akhirnya
diketahui bahawa Izzat tidak hilang dalam Villa Nabila… dia berada di rumah
rakannya selama mana polis sibuk mencarinya dan orang ramai gempar bercerita
mengenainya… khabarnya dia pun tahu mengenai usaha mencari ‘dirinya yang hilang
itu’ melalui televisyen. Disebabkan itu… banyak pihak tampil marah dengan
Izzat… “Budak ni layak bagi penampor aje” …”Sampai jem jalan pasal budak ni…dia
sibuk duduk rumah girlfriend dia lak…” dan macam-macam lagi. Tidak kurang juga
wujudnya parodi dan poster mempersendakan Izzat dan kejadian itu dengan
antranya hantu Villa Nabila mahu menyaman pihak-pihak tertentu.Yelah… kalau
kita melihat Izzat sebagai remaja normal yang nakal dan hanya mahukan
publisiti…pastinya ramai juga yang mahu bukan sekadar penampar…mungkin lebih
lagi hendak diberikan kepada remaja itu.
Namun hakikatnya, Izzat yang masuk ke Villa
Nabila bersama rakan-rakanya kerana ingin meninjau kejadian mistik sebenarnya
adalah seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mempunyai permasalahan perlahan
belajar (slow learner). Ia diakui sendiri oleh ibu dan bapa remaja itu ketika
ditemui di rumah mereka di Kampung Dato
Hajah Hasnah, Majidee di Johor Bahru, Rabu lepas.Bapa Mohd Izzat, Hussin Md Tap,
61 tahun, sedih apabila anaknya dituduh penyebab kekecohan seluruh negara
kerana berita kononnya 23 orang hilang selepas masuk ke Villa Nabila padahal
hanya Mohd Izzat yang hilang.“Dia OKU slow-learner (lambat belajar).. Dia jenis
tidak pandai sangat membaca.. Dia mudah terikut-ikut cakap orang..
Dia
tidak begitu pintar dan cerdik nak pergi ke sana (Villa Nabila) sendiri.. tak
ada.. Dia terikut-ikut dengan apa yang orang bawak dia,” kata Hussin dalam nada
yang pilu. Menurut beliau, kejadian yang berlaku Sabtu lepas ialah yang pertama
kali terjadi sejak Izzat lahir ke dunia ini. “Tempat-tempat seperti ini dia
tidak pernah pulak pergi.. Tak pernah terjadi dalam masa 16 tahun umur dia..
Ini kali pertama saya mengetahui perkara sebegini.. tidak pernah,” katanya. Hussin
turut meminta pihak tidak bertanggungjawab berhenti daripada menuduh
bukan-bukan ke atas Izzat kerana dia hanya hilang dan bukan dia yang menyebabkan
kekecohan di seluruh negara.“Orang yang menyebarkan di internet tu, janganlah
sebarkan perkara yang buruk.. carilah perkara yang elok untuk kebaikan keluarga
saya.. disebabkan kejadian ini keluarga saya cukup malu. “Saya sekarang sudah
tak boleh nak keluar rumah sangat..
Ada
orang bertanya pula tentang masalah-masalah ini.. Itu yang saya tak mau..
Janganlah isu ini dipanjangkan lagi dengan yang buruk ditambah-tambah,” katanya.
Ketika anda menonton temubual bapanya, perhatikan seorang remaja berbaju biru
yang sesekali tersenyum, itu ialah adik Mohd Izzat yang juga OKU. Akalnya masih
ditahap umur 3 tahun biarpun usianya sudah mencecah 15 tahun. Ketika ditanya
perasaannya ketika anaknya Mohd Izzat kehilangan, Hussin jelas sedih dan
bimbang kerana anaknya dikhuatiri keseorangan. “Masa kehilangan Izzat tu, saya
risau.. Saya merenung jauh.. Ke mana dia pergi dan apalah yang dia makan..
dengan tak ada wang ringgit.. ,” katanya. Mohd Izzat adalah anak ketiga
daripada tujuh adik beradik dan dua orang termasuk Izzat adalah anak OKU.
Mereka sekeluarga tinggal dalam sebuah rumah kampung yang kecil.Tidak ada
kemewahan dalam hidupnya sejak lahir dan akalnya juga tidaklah sempurna… maka
kita harus faham di sini…memang Izzat hilang… dan dia kemudian berada di rumah rakannya…
namun dia bukan budak yang normal seperti anda atau anak anda… justeru untuk
berlaku kejadian seperti dalam kes Villa Nabila itu…adalah satu keadaan di mana
kita harus berusaha memahaminya…. situasi yang memang boleh berlaku. Rasanya,
Datuk Mokhtar Md Shariff tahu mengenai keadaan Izzat sebab itu beliau tidak
sedikit pun marah atau sinis bila membuat pengumuman mengenai penemuan remaja
itu. Penulis mengenali beliau ketika menjadi pemangku CPO Pahang… memang beliau
pegawai yang mesra dan berjiwa kebapaan.
Pendekatan
beliau sendiri dalam isu itu adalah contoh yang baik. Jadi, anda di luar sana
janganlah mudah sangat menuduh Izzat penyebab segala kekecohan kerana ada orang
lain yang cuba mendapat perhatian dengan menjadikan cerita kehilangan di Villa
Nabila itu sensasi. Penulis yang datang ke rumah keluarga itu begitu terharu
dengan keadaan adiknya yang ceria dan mahu bertegur sapa dengan penulis biarpun
keadaannya begitu dan kelakuannya amat baik serta sopan. Janganlah, jadi bodoh
dengan menuduh orang sebarangan kerana ketika ini bukan keluarga kita yang
kena, bolehlah kita sesuka hati menyalahkan mereka yang menjadi penyebab
kebodohan kita sendiri yang mahu mempercayai kisah tahyul membabi buta.Kita
percaya kisah tahyul, kisah tu jadi tidak betul.. Izzat dipersalahkan sedangkan
dia hanya mangsa yang hilang.Satu lagi, menurut ibunya Norhayati Mohamad gadis
yang ditemui bersama Izzat bukanlah teman wanitanya seperti didakwa ramai orang
di internet dan blogger lain.
“Flat
dekat Bukit Mutiara tu (tempat Izzat ditemui) bukan rumah budak perempuan itu,
rumah budak perempuan itu kat tempat lain, itu rumah kawan Izzat,” katanya..
Cerita nie aku dapat semasa
aku melayari internet..justeru jangan terus menilai seseorang tu dengan mata
kasar tanpa mengetahui masalah atau kekurangan yang mereka hadapi..
Keep smile ^_^
No comments :
Post a Comment