Terkesan
kat hati aku nie bila terbaca satu entri..”susahnya menjadi orang
susah”..korang boleh baca cerita kat bawah..hayati sebaik mungkin..hehehe
Susah
hidup sebagai orang susah..
Aku dibesarkan dari keluarga yang susah..makan
pakai ala kadar..kadang-kadang pakai baju pemberian orang, kadang makan makanan
dari ihsan orang..tak pernah sikit pun aku terkesal dengan apa yang Allah
kurnian kepada kami..tapi kenapa orang lain yang perlu kesal dengan keadaan
hidup kami..
Makan nasi yang hanya berlauk ikan
masin..kadang-kadang berlaukkan garam..tapi tak pernah aku merunggut dengan
takdir yang Allah berikan pada kami tetapi mengapa orang lain perlu merunggut
tentang keluarga kami yang susah nie..
Ke sekolah berjalan kaki dengan memakai
kasut yang di depannya koyak..melangkah mengharunggi denai dan jalan yang
berlopak dengan harapan dapat menimba sedikit ilmu..moga dengan susah payah
perjalanan ini, dapatlah sedikit ilmu yang berkat..tak pernah aku merunggut
tentang kasut sekolah,penatnya berjalan ke sekolah tapi mengapa orang perlu
merunggut tentang aku yang susah nie…
Teringat satu peristiwa yang berlaku
semasa aku di sekolah rendah..sering diejek kerana aku hidup susah..sampaikan
cikgu sekolah turut memadang rendah pada aku..perlukah guru yang penuh ilmu di
dadanya merunggut dah kesal dengan anak muridnya..bukan kerana kerja sekolah
atau tugasan yang diberikan tidak siap tapi kerana keadaan aku yang miskin dan
fizikal aku yang tidak menyenangkan dia..kenapa dia sering merunggut tentang
aku..apa salah aku??..
Satu demi satu kemewahan dan kebahagian
yang Allah beri..walaupun tak sesenang orang lain..aku tetap redha dengan
kurniaan yang diberikan-Nya..moga dengan entri aku nie dapat memperlihatkan
bahawa tidak perlu kesal dengan apa yang diberikan oleh Allah..buat orang yang
selalu merunggut tentang orang lain..perhatikan diri sama ada ada sempurna
disisi-Nya..
Selepas
membaca cerita perasaan aku bertambah sayu..entah apa yang dirasakan oleh
penulis..mungkin dirinya yang serba kekurangan boleh menjadi pemangkin kepada
kekuatan aku..sedar diri aku yang serba kekurangan dan perlu muhasah
diri..Redha dengan setiap ketentuan Illahi..
No comments :
Post a Comment