Wednesday, 27 November 2013

kenali diri melalui tarikh lahir..

adakah anda ingin mengetahui diri anda melalui tarih lahir.. aku juga suka membaca tentang benda-benda macam nie..kadang-kadang betul dan ada juga yang salah..kat sini aku senaraikan ciri-cirinya..boleh la korang tengok sama ada sama atau tidak dengan diri korang…

JANUARI
# BERCITA-CITA TINGGI DAN ORANGNYA SERIUS
# SUKA MENDIDIK DAN DIDIDIK
# SANGAT MUDAH MELIHAT KELEMAHAN ORANG DAN SUKA MENGKRITIK
# RAJIN DAN SETIAP YG DIBUAT NAMPAK KEUNTUNGAN
# SUKA SMART, KEMAS DAN TERATUR BERSIFAT SENSITIF ,BERFIKIRAN MENDALAM
# PANDAI MENGAMBIL HATI ORG LAIN PENDIAM KECUALI TELAH DIRANGSANG
# AGAK PEMALU
# DAYA TUMPUAN YANG SANGAT TINGGI MUDAH MENDISIPLINKAN DIRI SENDIRI
# BADANNYA SIHAT TETAPI MUDAH DISERANG SELSEMA
# BERSIKAP ROMANTIK TETAPI TIDAK PANDAI MEMPAMIRKANNYA
# CUKUP SAYANG PD KANAK-KANAK
# SUKA DUDUK RUMAH
# SETIA PADA SEGALA-GALANYA
# PERLU BELAJAR KEMAHIRAN SOSIAL
# SIFAT CEMBURU YG SANGAT TINGGI

FEBUARI
# BERFIKIRAN ABSTRAK
# SUKAKAN BENDA YANG REALITY DAN ABSTRAK
# INTELIGENT, BIJAK DAN GENIUS
# BERPESONALITY YG MUDAH BERUBAH
# MUDAH MENAWAN ORG LAIN
# AGAK PENDIAM. PEMALU DAN RENDAH DIRI
# JUJUR DAN SETIA PD SEGALANYA
# KERAS HATI UNTUK MENCAPAI MATLAMAT
# TIDAK SUKA DIKONGKONG
# MUDAH MEMBERONTAK APABILA DIKONGKONG
# SUKA KEGIATAN YG LASAK
# EMOSINYA MUDAH TERLUKA DAN SGT SENSITIF
# MUDAH MEMPAMIRKAN MARAHNYA
# TIDAK SUKA BENDA YG REMEH-TEMEH
# SUKA BERKAWAN TAPI KURANG MEMPAMERKANNYA
# SANGAT BERANI DAN SUKA MEMBERONTAK
# BERCITA-CITA TINGGI DAN SUKE BERANGAN-ANGAN DAN ADA HARAPAN UTK
MEREALISASIKAN IMPIANNYA
# PEMERHATIAN YG TAJAM
# SUKA HIBURAN DAN SUKAN
# SUKA BENDA YG BERSIFAT SENI
# SANGAT ROMANTIK PADA DALAMAN TETAPI TIDAK PADA LUARAN
# BERKECENDERUNGAN PD BENDA YG TAHYUL
# AMAT MUDAH DAN BOLEH MENJADI TERLALU BOROS
# BELAJAR UNTUK MEMPAMIRKAN EMOSI

MAC
# BERPESONALITI YG MENARIK DAN MENAWAN
# MUDAH DIDAMPINGI
# SGT PEMALU DAN PEMENDAM RASA
# SGT BAIK SECARA SEMULAJADI, JUJUR PEMURAH DAN MUDAH SIMPATI
# SGT SENSITIF PD PERKATAAN YG DITUTURKAN DAN ALAM PERSEKITARAN
#SUKA PADA KEDAMAIAN
# SGT PEKA KEPADA ORANG LAIN
# SESUAI DGN KERJAYA YG MEMBERI KHIDMAT KEPADA ORG LAIN
# TIDAK CEPAT MARAH DAN SANGAT AMANAH
# TAHU BALAS BUDI DAN TAHU KENANG BUDI
# PEMERHATIAN DAN PENILAIAN YG SANGAT TAJAM
# KECENDERUNGAN UTK BERDENDAM JIKA TIDAK DIKAWAL
# SUKA BERANGAN-ANGAN
# SUKA MELANCONG
# SGT MANJA DAN SUKA DIBERI PERHATIAN YG SANGAT TINGGI
# KELAM KABUT DALAM MEMILIH PASANGAN
# SUKA DGN HIASAN RUMAHTANGGA
# PUNYA BAKAT SENI DALALM BIDANG MUZIK
# KECENDERUNGAN KEPADA BENDA YANG ISTIMEWA DAN BAIK
# JGN TERLALU MOODY.


APRIL
# SGT AKTIF DAN DINAMIK
# CEPAT BERTINDAK BUAT KEPUTUSAN TETAPI CEPAT MENYESAL
# SGT MENARIK DAN PANDAI MANJAKAN DIRI
# PUNYA DAYA MENTAL YG SANGAT KUAT
# SUKA DIBERI PERHATIAN
# SGT DIPLOMATIK (PANDAI MEMUJUK ).BERKAWAN DAN PANDAI MENYELESAIKAN MASALAH ORG
# SGT BERANI DAN TIADA PERASAAN TAKUT
# SUKA ADVENTURE, PENGASIH, PENYAYANG, SOPAN SANTUN DAN PEMURAH
# EMOSI CEPAT TERUSIK
# TRY CONTROL THE EMOTION
# KECENDERUNGAN BERSIFAT DENDAM
# AGRESIF, KELAM KABUT UTK MEMBUAT KEPUTUSAN
# KUAT DAYA INGATAN
# GERAK HATI YG SANGAT KUAT
# PANDAI MENDORONG DIRI SENDIRI DAN MEMOTIVASIKAN ORG LAIN
# BERPENYAKIT DISEKITAR KEPALA DAN DADA
# SGT CEMBURU DAN TERLALU CEMBURU


MEI
# KEKERASAN HATI & DEGIL
# KUAT SEMANGAT & BERMOTIVASI TINGGI
# PEMIKIRAN YG TAJAM
# MUDAH MARAH APABILA TIDAK DIKAWAL
# PANDAI MENARIK HATI ORG LAIN & MENARIK PERHATIAN
# PERASAAN YG AMAT MENDALAM
# CANTIK DR SEGI MENTAL & FIZIKAL
# TIDAK PERLU DIMOTIVASIKAN
# TETAP PENDIRIAN TETAPI MUDAH DIPENGARUHI OLEH ORG LAIN
# MUDAH DIPUJUK
# BERSIKAP SISTEMATIK (OTAK KIRI)
# SUKA BERANGAN
# KUAT DAYA FIRASAT MEMAHAMI APA YG TERLINTAS DI HATI ORG LAIN TANPA DIBERITAHU
# BAHAGIAN TELINGA & LEHER MUDAH DISERANG PENYAKIT
# DAYA KHAYALAN YG TINGGI
# PERMIKIRAN YG TAJAM
# PANDAI BERDEBAT
# FIZIKAL YG BAIK
# KELEMAHAN SISTEM PERNAFASAN
# SUKA SASTERA,SENI & MUZIK SERTA MELANCONG
# TIDAK BERAPA SUKA DUDUK DIRUMAH
# TIDAK BOLEH DUDUK DIAM
# TIDAK PUNYA RAMAI ANAK
# RAJIN DAN BERSEMANGAT TINGGI
# AGAK BOROS


JUN
# BERFIKIRAN JAUH & BERWAWASAN
# MUDAH DITAWAN KRN SIKAP BAIK
# BERPERANGAI YG LEMAH LEMBUT
# MUDAH BERUBAH SIKAP,PERANGAI,IDEA @MOOD
# IDEA YG TERLALU BANYAK DIKEPALA
# BERSIKAP SENSITIF
# OTAKNYA AKTIF (SENTIASA BERFIKIR)
# SUKAR MELAKUKAN SESUATU DGN SEGERA
# BERSIKAP SUKA MENANGGUH-NANGGUH
# BERSIKAP TERLALU MEMILIH & MAHUKAN YG TERBAIK
# CEPAT MARAH & CEPAT SEJUK
# SUKA BERCAKAP & BERDEBAT
# SUKA BUAT LAWAK & BERGURAU
# OTAKNYA CERDAS BERANGAN-ANGAN
# MUDAH BERKAWAN & PANDAI BERKAWAN
# ORG YG SANGAT TERTIB
# PANDAI MEMPAMERKAN SIKAP
# MUDAH KECIL HATI
# MUDAH KENA SELSEMA
# SUKA BERKEMAS
# CEPAT RASA BOSAN
# SIKAP TERLALU MEMILIH & CEREWET
# KURANG MEMPAMERKAN PERASAAN
# LAMBAT NAK SEMBUH APABILA TERLUKA HATI
# SUKA KEPADA BARANG YANG BERJENAMA
# MUDAH MENJADI EKSEKUTIF
# KEDEGILAN YG TIDAK TERKAWAL
# SESIAPA YG MEMUJI SAYA ADALAH MUSUH SAYA TETAPI SIAPA MENEGUR SAYA ADALAH KAWAN SAYA.


JULAI
# SANGAT SERONOK DIDAMPING
# BANYAK BERAHSIA DAN SUKAR DIMENGERTI TERUTAMANYA LELAKI
# AGAK PENDIAM KECUALI DIRANGSANG
# ADA HARGA DAN MARUAH DIRI
# TAK SUKA MENYUSAHKAN ORANG LAIN TAPI TIDAK MARAH APABILA DISUSAHKAN
# MUDAH DIPUJUK DAN BERCAKAP LURUS
# SANGAT MENJAGA HATI ORANG LAIN
# SANGAT PERAMAH
# EMOSI SANGAT MENDALAM TAPI MUDAH TERLUKA HATINYA
# BERJIWA SENTIMENTAL
# JARANG BERDENDAM
# MUDAH MEMAAFKAN TAPI SUKAR MELUPAKAN
# TIDAK SUKA BENDA REMEH-TEMEH
# MEMBIMBING CARA FIZIKAL DAN MENTAL
# SGT PEKA, CARING DAN MENGASIHI SERTA PENYAYANG
# LAYANAN YG SERUPA DGN SEMUA ORANG
# TINGGI DAYA SIMPATI
# PEMERHATIAN YG TAJAM
# SUKA MENILAI ORG LAIN DGN PEMERHATIAN
# MUDAH DAN RAJIN BELAJAR
# SUKA MUHASABAH DIRI
# SUKA MEGENANGKAN PERISTIWA ATAU KAWAN LAMA
# SUKA MENDIAMKAN DIRI
# SUKA DUDUK DIRUMAH
# SUKA TUNGGU KAWAN TAPI TAK CARI KAWAN
# TAK AGRESIF KECUALI TERPAKSA
# LEMAH DARI SEGI KESIHATAN PERUT
# MUDAH GEMUK KAWAL TAK KAWAL DIET
# MINTA DISAYANGI
# MUDAH TERLUKA HATI TAPI LAMBAT PULIH
# TERLALU MENGAMBIL BERAT
# RAJIN DALAM MEMBUAT KERJA


OGOS
# SUKA BERLAWAK
# MUDAH TERTAWAN KEPADANYA
# SOPAN SANTUN DAN CARING TERHADAP ORG LAIN
# BERANI DAN TIDAK TAHU TAKUT
# ORGNYA AGAK TEGAS & BERSIKAP KEPIMPINAN
# PANDAI PUJUK ORG LAIN
# TERLALU PEMURAH & BERSIKAP EGO
# NILAI HARGA DIRI YG SANGAT TINGGI
# DAHAGAKAN PUJIAN
# SEMANGAT JUANG YG LUAR BIASA
# CEPAT MARAH & MUDAH MENGAMUK
# MUDAH MARAH APABILA CAKAPNYA DILAWAN
# SANGAT CEMBURU
# DAYA PEMERHATIAN YG TAJAM & TELITI
# CEPAT BERFIKIR
# FIKIRAN YG BERDIKARI
# SUKA MEMIMPIN & DIPIMPIN
# SIFAT SUKA BERANGAN
# BERBAKAT DLM SENI LUKIS,HIBURAN & SILAT
# SANGAT SENSITIF TAPI TIDAK MUDAH MERAJUK
# CEPAT APABILA DITIMPA PENYAKIT
# BELAJAR UTK RELAX
# SIKAP KELAM KABUT
# ROMANTIK ,PENGASIH,PENYAYANG
# SUKA MENCARI KAWAN


SEPTEMBER
# SANGAT BERSOPAN SANTUN & BERTOLAK ANSUR
# SANGAT CERMAT,TELITI & TERATUR
# SUKA MENEGUR KESILAPAN ORG LAIN & MENGKRITIK
# PENDIAM TAPI PANDAI BERCAKAP
# SIKAP SANGAT COOL, SANGAT BAIK & MUDAH SIMPATI
# SANGAT PERIHATIN & TERPERINCI,AMANAH,SETIA & JUJUR
# KERJA YG DILAKUKAN SANGAT SEMPURNA
# SANGAT SENSITIF YG TIDAK DIKETAHUI
# ORG YG BANYAK BERFIKIR # OTAK BIJAK & MUDAH BELAJAR
# SUKA MENCARI MAKLUMAT
# KAWAL DIRI DARI TERLALU MENGKRITIK
# PANDAI MENDORONG DIRI SENDIRI
# MUDAH MEMAHAMI ORG LAIN(DAYA FIRASAT YG TINGGI) KRN BANYAK SIMPAN
RAHSIA
# SUKA SUKAN,HIBURAN & MELANCONG
# KURANG MENUNJUKKAN PERASAANNYA
# TERLUKA HATINYA SANGAT LAMA DISIMPAN
# TERLALU MEMILIH PASANGAN
# SUKAKAN BENDA YG LUAS
# BERSISTEMATIK


OKTOBER
# SUKA SEMBANG
# SUKA ORG YG SAYANG PADANYA
# SUKA AMBIL JLN TENGAH
# SANGAT MENAWAN & SOPAN SANTUN
# KECANTIKAN LUAR & DALAM
# TIDAK PANDAI BERBOHONG & BERPURA-PURA
# MUDAH RASA SIMPATI,BAIK PENTINGKAN KAWAN
# SENTIASA BERKAWAN
# HATINYA MUDAH TERUSIK TETAPI MERAJUKNYA TAK LAMA
# CEPAT MARAH
# MACAM PENTINGKAN DIRI SENDIRI
# TIDAK MENOLONG ORG KECUALI DIMINTA
# SUKA MELIHAT DARI PERSPEKTIFNYA SENDIRI
# TIDAK SUKA TERIMA PANDANGAN ORG LAIN
# EMOSI YG MUDAH TERUSIK
# SUKA BERANGAN & PANDAI BERCAKAP
# MOSI YG KELAM KABUT
# DAYA FIRASAT YG SANGAT KUAT (TERUTAMANYA PEREMPUAN)
# SUKA MELANCONG,BIDANG SASTERA & SENI
# PENGASIH ,PENYAYANG & LEMAH LEMBUT
# ROMANTIK DLM PERCINTAAN
# MUDAH TERUSIK HATI & CEMBURU
# AMBIL BERAT TENTANG ORG LAIN
# SUKA KEGIATAN LUAR
# ORG YG ADIL
# BOROS & MUDAH DIPENGARUHI PERSEKITARAN
# MUDAH PATAH SEMANGAT


NOVEMBER
# BANYAK IDEA DALAM PERKARA
# SUKAR UTK DIMENGERTIKAN ATAU DIFAHAMI SIKAPNYA
# BERFIKIRAN KEHADAPAN
# BERFIKIRAN UNIK DAN BIJAK
# PENUH DGN IDEA-IDEA BARU YG LUAR BIASA
# PEMIKIRAN YG TAJAM
# DAYA FIRASAT YG SGT HALUS DAN TINGGI
# BAGUS UTK JADI DOKTOR
# CERMAT DAN TELITI
# PERSONALITY DINAMIK
# SIFAT YG BERAHSIA, PANDAI MENCUNGKIL DAN MENCARI RAHSIA
# BANYAK BERFIKIR, KURANG BERCAKAP TETAPI MESRA # BERANI, PEMURAH SETIA DAN BYK KESABARAN
# TERLALU DEGIL DAN KERAS HATI APABILA HENDAK. DIUSAHAKAN SEHINGGA BERJAYA
# TAK SUKA MARAH KECUALI DIGUGAT
# MUDAH AMBIL BERAT TERHADAP ORANG LAIN
# PANDAI MUHASABAH DIRI
# CARA BERFIKIR LAIN DARI ORG LAIN
# OTAK YG SANGAT TAJAM
# PANDAI MENDORONG DIRI SENDIRI
#TIDAK HARGAI PUJIAN
# KEKUATAN SEMANGAT DAN DAYA JUANG YG SGT TINGGI DAN APABILA HENDAK SESUATU
# CUBA SAMPAI BERJAYA
# BADAN YG TOUGH
# KASIH SAYANG DAN EMOSI YANG SANGAT MENDALAM
# ROMANTIK
# TIDAK PASTI DGN HUBUNGAN KASIH SAYANG
# SUKA DUDUK DIRUMAH
# SANGAT RAJIN DAN BERKEMAMPUAN TINGGI
# AMANAH, JUJUR SETIA DAN PANDAI BERAHSIA
# TIDAK BERAPA BERJAYA DALAM MENGAWAL EMOSI
# BERCITA-CITA TINGGI
# PERANGAI TIDAK DAPAT DIRAMAL DAN MUDAH BERUBAH-UBAH

DISEMBER
# SANGAT SETIA DAN PEMURAH
# BERSIFAT PATRIOTIK
# SANGAT AKTIF DALAM PERMAINAN DAN PERGAULAN
# SIKAP KURANG SABAR DAN TERGESA-GESA
# BERCITA-CITA TINGGI
# SUKA MENJADI ORANG YANG BERPENGARUH DLM ORGANISASI
# SERONOK DIDAMPINGI
# SUKA BERCAMPUR DGN ORG
# SUKA DIPUJI, DIBERI PERHATIAN DAN SUKA DIBELAI
# SANGAT JUJUR AMANAH DAN BERTOLAK ANSUR
# TIDAK PANDAI BERPURA-PURA
# CEPAT MARAH
# PERANGAI YG BERUBAH-UBAH
# TIDAK EGO WALAUPUN HARGA DIRI YANG SANGAT TINGGI
# BENCI PADA KONGKONGAN
# SUKA BERLAWAK

# PANDAI BUAT LAWAK DAN BERFIKIRAN DGN LOGIK



KEEP SMILE.. ^_^

Friday, 22 November 2013

Budak hilang di villa Nabila dijumpai!!!....

             
           Nama Mohd Izzat Izzudin Hussin menjadi popular secara tiba-tiba apabila tersebar khabar bahawa dia telah hilang dan mungkin disorokkan makhluk halus selepas memasuki sebuah rumah tinggal dikatakan berhantu dinamakan Villa Nabila di Danga Bay, Johor Bahru pada 16 November lalu.Khabar itu begitu kuat tiupannya sehingga ia trending di media sosial dan media konvensional juga tidak ketinggalan melaporkannya. Polis bertindak serius dalam isu itu sehingga menjalankan gerakan dengan bantuan anjing pengesan di sekitar kawasan Villa Nabila. Begitu kuat impak kisah Mohd Izzat, sehingga Ketua Polis Johor (CPO), Datuk Mokhtar Md Shariff sendiri mengadakan sidang media untuk mengesahkan penemuannya beberapa hari selepas dia hilang.
             Akhirnya diketahui bahawa Izzat tidak hilang dalam Villa Nabila… dia berada di rumah rakannya selama mana polis sibuk mencarinya dan orang ramai gempar bercerita mengenainya… khabarnya dia pun tahu mengenai usaha mencari ‘dirinya yang hilang itu’ melalui televisyen. Disebabkan itu… banyak pihak tampil marah dengan Izzat… “Budak ni layak bagi penampor aje” …”Sampai jem jalan pasal budak ni…dia sibuk duduk rumah girlfriend dia lak…” dan macam-macam lagi. Tidak kurang juga wujudnya parodi dan poster mempersendakan Izzat dan kejadian itu dengan antranya hantu Villa Nabila mahu menyaman pihak-pihak tertentu.Yelah… kalau kita melihat Izzat sebagai remaja normal yang nakal dan hanya mahukan publisiti…pastinya ramai juga yang mahu bukan sekadar penampar…mungkin lebih lagi hendak diberikan kepada remaja itu.
          Namun hakikatnya, Izzat yang masuk ke Villa Nabila bersama rakan-rakanya kerana ingin meninjau kejadian mistik sebenarnya adalah seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mempunyai permasalahan perlahan belajar (slow learner). Ia diakui sendiri oleh ibu dan bapa remaja itu ketika ditemui  di rumah mereka di Kampung Dato Hajah Hasnah, Majidee di Johor Bahru, Rabu lepas.Bapa Mohd Izzat, Hussin Md Tap, 61 tahun, sedih apabila anaknya dituduh penyebab kekecohan seluruh negara kerana berita kononnya 23 orang hilang selepas masuk ke Villa Nabila padahal hanya Mohd Izzat yang hilang.“Dia OKU slow-learner (lambat belajar).. Dia jenis tidak pandai sangat membaca.. Dia mudah terikut-ikut cakap orang..
          Dia tidak begitu pintar dan cerdik nak pergi ke sana (Villa Nabila) sendiri.. tak ada.. Dia terikut-ikut dengan apa yang orang bawak dia,” kata Hussin dalam nada yang pilu. Menurut beliau, kejadian yang berlaku Sabtu lepas ialah yang pertama kali terjadi sejak Izzat lahir ke dunia ini. “Tempat-tempat seperti ini dia tidak pernah pulak pergi.. Tak pernah terjadi dalam masa 16 tahun umur dia.. Ini kali pertama saya mengetahui perkara sebegini.. tidak pernah,” katanya. Hussin turut meminta pihak tidak bertanggungjawab berhenti daripada menuduh bukan-bukan ke atas Izzat kerana dia hanya hilang dan bukan dia yang menyebabkan kekecohan di seluruh negara.“Orang yang menyebarkan di internet tu, janganlah sebarkan perkara yang buruk.. carilah perkara yang elok untuk kebaikan keluarga saya.. disebabkan kejadian ini keluarga saya cukup malu. “Saya sekarang sudah tak boleh nak keluar rumah sangat..
         Ada orang bertanya pula tentang masalah-masalah ini.. Itu yang saya tak mau.. Janganlah isu ini dipanjangkan lagi dengan yang buruk ditambah-tambah,” katanya. Ketika anda menonton temubual bapanya, perhatikan seorang remaja berbaju biru yang sesekali tersenyum, itu ialah adik Mohd Izzat yang juga OKU. Akalnya masih ditahap umur 3 tahun biarpun usianya sudah mencecah 15 tahun. Ketika ditanya perasaannya ketika anaknya Mohd Izzat kehilangan, Hussin jelas sedih dan bimbang kerana anaknya dikhuatiri keseorangan. “Masa kehilangan Izzat tu, saya risau.. Saya merenung jauh.. Ke mana dia pergi dan apalah yang dia makan.. dengan tak ada wang ringgit.. ,” katanya. Mohd Izzat adalah anak ketiga daripada tujuh adik beradik dan dua orang termasuk Izzat adalah anak OKU. Mereka sekeluarga tinggal dalam sebuah rumah kampung yang kecil.Tidak ada kemewahan dalam hidupnya sejak lahir dan akalnya juga tidaklah sempurna… maka kita harus faham di sini…memang Izzat hilang… dan dia kemudian berada di rumah rakannya… namun dia bukan budak yang normal seperti anda atau anak anda… justeru untuk berlaku kejadian seperti dalam kes Villa Nabila itu…adalah satu keadaan di mana kita harus berusaha memahaminya…. situasi yang memang boleh berlaku. Rasanya, Datuk Mokhtar Md Shariff tahu mengenai keadaan Izzat sebab itu beliau tidak sedikit pun marah atau sinis bila membuat pengumuman mengenai penemuan remaja itu. Penulis mengenali beliau ketika menjadi pemangku CPO Pahang… memang beliau pegawai yang mesra dan berjiwa kebapaan.
           Pendekatan beliau sendiri dalam isu itu adalah contoh yang baik. Jadi, anda di luar sana janganlah mudah sangat menuduh Izzat penyebab segala kekecohan kerana ada orang lain yang cuba mendapat perhatian dengan menjadikan cerita kehilangan di Villa Nabila itu sensasi. Penulis yang datang ke rumah keluarga itu begitu terharu dengan keadaan adiknya yang ceria dan mahu bertegur sapa dengan penulis biarpun keadaannya begitu dan kelakuannya amat baik serta sopan. Janganlah, jadi bodoh dengan menuduh orang sebarangan kerana ketika ini bukan keluarga kita yang kena, bolehlah kita sesuka hati menyalahkan mereka yang menjadi penyebab kebodohan kita sendiri yang mahu mempercayai kisah tahyul membabi buta.Kita percaya kisah tahyul, kisah tu jadi tidak betul.. Izzat dipersalahkan sedangkan dia hanya mangsa yang hilang.Satu lagi, menurut ibunya Norhayati Mohamad gadis yang ditemui bersama Izzat bukanlah teman wanitanya seperti didakwa ramai orang di internet dan blogger lain.
“Flat dekat Bukit Mutiara tu (tempat Izzat ditemui) bukan rumah budak perempuan itu, rumah budak perempuan itu kat tempat lain, itu rumah kawan Izzat,” katanya..



Cerita nie aku dapat semasa aku melayari internet..justeru jangan terus menilai seseorang tu dengan mata kasar tanpa mengetahui masalah atau kekurangan yang mereka hadapi..
Keep smile ^_^

Thursday, 21 November 2013

TIP MENJAGA HANDPHONE CANGGIH DENGAN BETUL!

                                         

1. Jangan menggoyang-goyangkan HP semasa signal lemah atau tiada. Hal ini akan membuat si HP pening & mual..

2. Jangan charge HP anda terlalu lama (setelah bateri sudah full) Hal ini akan membuat bateri anda bunting/ melembung.. Jika itu terjadi, belum tentu anda mahu bertanggungjawab & sanggup menikahinya..

3. Jangan terlalu sering bermain game di HP.. Cubalah serius dengannya. Di dunia ini tidak ada yg mahu dipermainkan..seperti anda juga..

4. Jangan terlalu kuat memicit keypad atau skrin sesentuh HP anda. Jika ini berlaku, HP anda akan mengalami cirit-birit lalu tercirit..

5. Cucilah HP anda seminggu sekali agar bersih dari noda, bau & virus. Bayangkan jika anda tidak mandi seminggu.. Begitu juga dengan HP anda..

6. Pakaikan baju / jaket yang tebal pada HP anda. Hal ini akan membuat HP anda berasa lebih nyaman dan selesa serta tahan masuk angin..

7. Jangan terlalu sering mengisi topup kredit yang murah (RM5). Hal ini akan membuat HP anda berasa rendah diri. Semakin mahal semakin tinggi harga dirinya..

8. Gunakan Facebook bersubsidi (0.facebook).. Hal ini akan menjimatkan kredit HP anda..

9. Jangan penuhi HP anda dengan sms dari skandal atau pasangan curang anda. Jika kantoi, maka akan melayanglah nyawa HP anda (mungkin nyawa anda juga turut melayang).


10. Jika anda sedang stress, lemparlah HP pada tempat yang empuk / lembut. Hal ini akan mengelakkan HP anda dari patah hati/tulang belakang.


Nie adalah Sekadar gurauan pada pagi-pagi buta..korang boleh guna tips-tips yang aku bagi nie…hehehehehe
Ingat telefon pintar nie bagi banyak kemudahan kepada kita..tapi gunalah ia ke arah kebaikan..
Keep smile   ^_^

Friday, 15 November 2013

Tip cinta dr love

Tips nie aku dapat waktu aku tonton buletin cinta kat tv3…sketsa yang memaparkan ragam cinta-cintun pasangan bercinta..hehehe
                         

Ini Antara tips dari dr love yang aku sempat tengok…hahahaa

1)elakkan sebarang penipuan dengan pasangan…
Contoh:
Lelaki membohongi pasangan dengan mengatakan yang dia tu pilot..tapi rupanya jaga toilet..hahahahaha
*jangan menipu tapi tuluslah dengan hati dan perasaan anda..walaupun anda pencuci tandas, tapi yang nak dicuci tu hati..jadi jujurlah dalam setiap perhubungan…

                 

2) hormat menghormati pasangan dan orang tua..
Perlu hormat orang tua..nie jangan jumpa orang tua pun tak dak hormat.. kalau setakat rupa ja ada tapi kalau jumpa mak bapak “lu apa hal” buat ape..biar rupa tak ada tapi budi bahasa tu yang penting…

3) kejutan
Ini khasnya bagi kaum lelaki..si gadis nie suka sangat kejutan..korang bagi je kejutan apa pon..si gadis nie mungkin akan suka pada kejutan korang..bagi la kejutan hadiah coklat, atau bunga untuk si gadis..nie bagi mengambil hati pada si gadis…hehehe

                

4) cemburu
Dalam percintaan tu perlu adanya cemburu..tapi kalau cemburu yang melebih-lebih akan menyebabkan bahagia kepada bahana..hehehehe
Contoh:
Lelaki: U nie kenapa??..belum ape-ape u dah curang dengan i..
Perempuan: bila I curang dengan u??..
Lelaki: I Nampak u sembang dengan kondaktor bas!!!
Perempuan: memang la sebab i kena Tanya tambang nak pergi pekan tu…
Lelaki: tak kira merajuk juga…
Perempuan: $%*&@%$*&
Perghhh..cemburu yang buta yang membuatkan pasangan tu mudah bergaduh..ambil benda elok jadikan pengajaran dan benda tak elok tu jadikan contoh..

                     
5) jangan terlalu meminta-minta
Nie khusunya untuk kaum perempuan..elakkan dari perbuatan yang meminta-minta..kemarin minta kereta,semalam minta rantai, hari nie mintak rumah…demandnye kau.. Buat kaum perempuan jangan la meminta-minta takut nanti kaum lelaki pula yang mintak diri…hehehehe

6) keperibadian yang baik
Nie untuk kaum perempuan..kaum lelaki nie memang Nampak je kasar tapi sebenarnya suka pada kelembutan, sopan santun, perempuan yang cakap benda-benda yang elok..nie cakap pun pakai “bro”, “lu”, “gua” memang cari pasal la...terkejut beruk si lelaki kalau tengok macam tu..kalau macam tu lebih baik awak tu masuk tomoi ja..hahahaha

7) jangan berlaku curang..
Nie untuk pasangan jangan lah berlaku kecurangan di belakang pasangan ada..kalau ada tu cuba jauhkan noh..kalau ada si lelaki yang cuba menduakan anda dalam perhubungan ucapkanlah “selamat jalan romeo, hanya untukmu sayang”…hehehehehehe

                           

8) puji-memuji
Kaum lelaki nie pantang dipuji..cakap je sikit kompom dia suka punya..hahaha..
Perempuan: awak nie badan gagah perkasa, ketul-ketul..
Lelaki: (senyum)
*la agak-agak nak puji pun..nie puji ke keji..agak-agak la..tak kan lelaki tu tak boleh berfikir…hahaha..tu la lelaki pantang dipuji..walaupun badan dia sekeping tapi silap-silap balik rumah tengok cermin..

Nie Antara yang aku sempat tengok dalam buletin cinta tu..kalau korang baca memang agak mengarut sikit tapi boleh diguna pakai dalam setiap perhubungan..


keep smile ^_^

Thursday, 14 November 2013

Ruginya aku…

Pernahkah anda rasa rugi??...tak kisah rugi apa pun..sering kali kita rasa tertipu dan rugi apabila apa yang kita buat tu sebenarnya tak mendatangkan keuntungan…aku selalu juga berada dalam situasi nie…kadang-kadang berlakunya perkara nie disebabkan sifat kita yang melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang…kat sini aku nak senaraikan benda yang aku buat dan aku sendiri rasa rugi…

1)   STUDY
Nie yang sering aku lakukan…elok nak sampai  ja time exam mesti aku menyesal…ruginya tak study awal…ruginya tak buat note awal..ruginya tak tumpuankan perhatian waktu kat kelas..ruginya….RUGINYA???....time nak exam baru aku rasa ruginya waktu yang terbuang.. waktu terluang aku habiskan dengan benda yang tak berfaedah..amat MERUGIKAN!!!!

                              

2)   DUIT
Nie bab berbelanja…aku boleh diketogori suka berbelanja…tetapi apibila difikirkan balik benda yang aku beli tu tak patut pun aku beli dan bukan keperluan aku..lepas  duit dah susut mulalah rasa rugi..ruginya aku beli kasut nie, ruginya aku beli baju nie, ruginya aku beli benda nie..semuanya rugi….KERUGIAN apabila berbelanja..

                                     

3)   Aktiviti
Selalunya apabila orang ajak join sesuatu aktiviti yang berfaedah dan menguntungkan..kadang-kadang aku tolak mentah-mentah ajakan diorang…lepas tu mula lah rasa rugi..ruginya tak ikut, rugilah tak join.. RUGILAH tak dapat pengalaman macam korang..RUGILAH…
                    

Semua yang diatas adalah kerugian bagi aku..sebenarnya banyak lagi kerugian yang aku rasa apabila benda tu dah pun berlaku…ada juga benda yang aku sepatutnya tak rasa rugi apabila aku buat TAPI aku still rasa rugi apabila tak buat…hahahahaha
*ruginya tak ikut(aktiviti tak berfaedah)…nak ja aku ikut korang..huhuhuhu..
*ruginya tak usha pakwe/makwe tadi lama-lama…
*ruginya aku bagi pinjam barang aku..
Segalanya atas niat kita sendiri dalam melakukan sesuatu…kalau niat kita ke arah kebaikan in syaa Allah semuanya akan berjalan lancar..
                                           
Hindarkanlah sifat rugi dalam diri kita….Banyakkanlah sifat taqwa dalam diri…
Keep smile ^_^