Friday, 22 January 2016

kalori dalam makanan

Assalamualaikum...
tiba-tiba perut nie minta untuk diisi...kalau ikutkan nafsu dan hati nie macam-macam yang aku nak makan..untuk breakfast pon aku rasa macam nak "tapau" macam makan untuk lunch and dinner...rasa mcam nak penuhkan ruang dalam perut aku nie...hihihi
tapi bila difikirkan kalori yang bakal aku ambil membuatkan aku berada diawang-awangan..ambil kau!!!..banyak betul kalori makanan yang aku ambil..menangis air mata darah kalau nak kira..hahaha
kat sini aku nak senaraikan makanan kat Malaysia yang korang sendiri akan terkejut bila tengok kalori yang ada kat makanan tu...hahaha (gelak+sambil air mata menitik) sadis gila aku rasa..huhuhuhu...

AIR & MINUMAN
air kacang soya : 60 kalori
black coffee :3.5 kalori (tapi byk kafein pula)
cafe latte (8 oz) :98 kalori
air tebu segelas : 184 kalori
teh tarik segelas : 183 kalori
cafe mocha (8 oz) : 177 kalori
cappucino segelas besar 200 ml : 200 kalori 
coffee ice blended coklat segelas : 240 kalori
jus oren 200 ml 1 kotak :110 (kalau bergula)
milo secawan : 178 kalori

SNACK DAN KUIH
biskut susu 2 keping : 34 kalori
kacang panggang dalam tin 2 sudu besar :40 kalori
kek biasa tanpa krim sepotong : 87 kalori 
popia  basah seketul :94 kalori
emping jagung (kosong) 1/2 cwn: 80 kalori
aiscream sehidangan: 335 kalori
apam balik sepotong : 300 kalori
biskut cip coklat 6 kpg :180 kalori
biskut sayur 6 keping : 264 kalori
bubur caca semangkuk : 300 kalori
bubur kacang semangkuk : 100 kalori
cekodok : 180 kalori
cheese cake sepotong :
cip coklat 24 butir : 225 kalori
coklat sepapan 45 gm : 230 kalori
cucur udang seketul : 144 kalori
jagung & butter 2 cawan kecil : 358 kalori
karipap seketul :130 kalori
kasui :160 kalori
bijirin sarapan coklat 2 cawan: 266 kalori
kuih lapis :130 kalori
seri muka sepotong : 144 kalori
pasembor sepinggan : 752 kalori
pie epal sepotong : 260 kalori
popia goreng :130 kalori
puding coklat &sos vanilla 2 potong :300 kalori
pulut panggang 2 keping :250 kalori
rojak buah sepiring :443 kalori
sate ayam 10 cucuk :365 kalori
sundae choclate secawan :380 kalori
sup berkrim semangkuk kecil : 375 kalori
susu coklat rendah lemak 2 kotak :200 kalori
susu pekat 1 sudu besar :71 kalori
wafer coklat sekeping : 100 kalori
yogurt 125ml 2 cawan :228 kalori

NASI
nasi putih satu setengah cawan :260 kalori
nasi ayam kosong sepinggan: 300 kalori
nasi lemak bersambal :400 kalori
nasi minyak kosong sepinggan : 445 sepinggan
nasi briyani :448 kalori
nasi ayam sepinggan :600 kalori
nasi goreng bertelur sepinggan :635 kalori
nasi goreng biasa sepinggan :637 kalori
nasi lemak ayam goreng :644 kalori
nasi minyak+ rendang daging sepinggan :687 kalori
nasi claypot semangkuk :898 kalori

LAUK PAUK (kombinasi lauk seeloknya kurang dari 300 kalori)
sayur campur goreng: 43 kalori
ikan kembung gulai seekor : 83 kalori
ikan kembung goreng :140 kalori
sambal sotong setengah cawan :55 kalori
sambal udang setengah cawan :70 kalori
sotong goreng tepung(sepinggan kecil) :630 kalori
ayam goreng kepak : 102 kalori
ayam goreng peha : 120 kalori
taukua goreng sekeping : 110 kalori
telur goreng sebiji :110 kalori
daging lembu kari 2 kotak mancis : 130 kalori
ayam kari seketul :250 kalori
ayam tandoori sepotong :220 kalori

NOODLES, PASTA N OTHER(advisable less than 400 colorie)
bubur ayam semangkuk : 275 kalori
bakso semangkuk :320 kalori
bihun sup semangkuk : 350 kalori
mee sup semangkuk : 380 kalori
mee goreng sepinggan :380 kalori
mie wantan sepinggan :409 kalori
laksa penang semangkuk :436 kalori
laksa kari semangkuk :589 kalori
mee goreng kosong sepinggan : 660 kalori
mee goreng mamak sepinggan :660 kalori
mee rebus sepinggan :556 kalori
mee/bihun goreng sepinggan : 510 kalori
kuey teow goreng kerang sepinggan :743 kalori
kuey teow goreng sepinggan :600 kalori

ROTI
roti putih kosong 1 kpg: 78 kalori
sandwich sardin sepotong : 70 kalori
roti pita sekeping : 124 kalori
roti bakar coklat sekeping : 275 kalori
roti canai sekeping :301 kalori
roti naan sekeping :308 kalori
roti telur sekeping : 356 kalori
kuah dal 1/2 mangkuk :58 kalori
sandwich isi daging bakar & mayonis sepotong :270 kalori
capati sekeping : 300 kalori
murtabak sekeping :722

FAST FOOD
burger keju :317 kalori
burger keju + extra beef : 438 kalori
chicken grill :142

BUAH
tembikai (sepotong) :20 kalori
betik (sepotong) : 45 kalori
pisang emas (2 biji) : 76 kalori
durian (5 ulas) :64 kalori
limau (sebiji) :42 kalori
jambu batu (sebiji) : 110 kalori
nenas (sepotong) :59 kalori
epal (sebiji) : 63 kalori
ciku (sebiji) :44 kalori
mangga (sebiji) :103 kalori
kurma 4 biji : 92 kalori

nampak tak jumlah kalori yang kita ambil seharian..boleh pengsan kalau baca kan???...aku menangis beb tengok jumlah kalori yang aku makan hari-hari...
so, apa lagi grab your calculator and start counting..hihihihi



Friday, 8 January 2016

TIPS TURUN 14 KILO DALAM MASA 4 BULAN

ASSALAMUALAIKUM.....
Lama rasanya tak update blog...sekarang baru berkesempatan untuk "membloging" nie..hihihihi..rasanya sempat lagi aku nak ucap selamat tahun baru 2016..azam baru..hidup baru..semuanya baru..hahaha...
entry kali nie aku nak ceritakan keberkesanan aku dalam program diet...hihihihi...aku berpuas hati akhirnya berat aku turun walaupun belum mencapai tahap ideal la..kalau sebut tentang diet ramai yang gerun..termasuk aku..aku pernah try macam-macam diet tapi tetap tak berkesan..and finally aku terjumpa satu diet yang sesuai dengan jiwa aku..cewaahhhh..main jiwa-jiwa pulak cik b-syah...
Program diet yang aku amalkan nie adalah "DIET RENDAH KALORI"...apa itu kalori??..meh sini aku nak terangkan...kalori ialah unit untuk mengukur tenaga..ya badan memerlukan kalori tapi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan maka ia akan bertukar menjadi lemak dan boleh menyebabkan kegemukkan...
Program diet nie aku buat disebabkan berat badan aku yang amat besar..nak cari baju pun susah..dah nmpak cantik tapi nak pakai tak muat..boleh bayang tak macam mana perasaan aku waktu tu..boleh berterabur air mata beb..
so, aku nak terangkan kat sini apa itu diet kalori..korang tak payah berlapar..aku sendiri tak percaya tau tak..hihihi...korang boleh ja makan benda yang korang suka makan BUT kurangkan kuantitinya sahaja...that mean, korang nak makan nasi pun tak pe sepanjang korang berdiet..macam aku sendiri..aku nie jenis tak boleh tinggal nasi..kalau tak bergetar tulang kaki beb..perut pon asyik berbunyi ja..hihihi...aku ambil pendekatan dengan menulis semua nilai kalori makanan yang aku makan sehari dan pastikan tidak melebihi had kalori bagi tubuh badan aku...
selain tu, aku amalkan GREEN TEA tanpa gula..INGAT tanpa gula..dah kalau masuk gula tu baik korang bedal Milo ais jer...hihihi... Green tea nie bagus sebab boleh hilangkan lemak-lemak korang..Green tea nie dapat meningkatkan metabolisma badan kita..so, secara tak langsung dapat membantu membakar kalori dalam badan kita..

And paling penting korang kena minum 3 LITER AIR PUTIH SEHARI (lebih kurang 8 gelas)..aku dah sediakan bekas minuman aku sendiri..dan mesti ada sukatan dekat bekas minuman tu untuk aku pastikan aku minum 3 liter air sehari..

AIR PUTIH+ GREEN TEA

kalau korang tak percaya aku dah hilangkan 14 kg dalam masa 4 bulan tanpa sebarang ubat..aku sendiri tak percaya yang aku boleh hilangkan lemak-lemak jahat dalam badan aku..hihihihi.

 that me..yang baju hitam+hijau tu..nie sebelum diet..nampak tak...nmpak besar kan???...hihihi

aku yang bersopan santun dekat tengah tu..rasa dah habis posing la uulllossss...hahaha

AND NOW GAMBAR TERBARU AKU SELEPAS AKU MENGAMALKAN DIET KALORI
                     
berat aku sekarang bukan ditahap ideal lagi..jauh lagi nak melangkah..hihihi..selagi keinginan nak kurus tu ada selagi tu aku akan amalkan diet kalori nie...
THANKS untuk family, kawan-kawan aku yang membantu sepanjang aku diet nie especially my BFF cik lyza yang banyak bagi moral support untuk aku..hihihi
 TERSELIT GAMBAR AMPA PLAK KAT SINI..HIHIHI

so, tolong doakan aku terus suksesss yer..bukan semata-mata nak kurus tapi nak sihat..
keep smile  (^_^)


Friday, 30 October 2015

10 petanda menunjukkan dia adalah jodoh kita

Gunakan seluruh pancaindera,Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang lovely perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita ;

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?

Friday, 2 October 2015

HORMAT PERASAAN ORANG LAIN!!!

tanggal 1 okt aku nak sangat keluar bershopping...al-maklumlah gaji pun sudah masuk...apa lagi mulalah fikiran nie menerawang ke alam lain..macam2 yang aku nak beli...tapi bukan itu yang aku hendak coretkan disini...
sedih dan hibanya perasaan aku apabila ada individu yang tidak menghargai orang lain..entah aku rasa mata aku tiba2 panas..macam ada cecair yang bakal keluar..sedih...
planningnya memang hanya kami berenam tapi tiba-tiba jadi 7 orang..tidak menjadi hal bagiku tapi yang menyedihkan apabila kehadiran ini tidak disenangi oleh orang lain...sebelum nie beria-ria kami planning..tak salah rasanya bawak individu yang lain..
sepanjang kami keluar berjalan+shopping nie aku tak rasa gembira..
1) tindakan mereka yang langsung tidak menghargai orang lain..
entah kenapa aku x seronok...diorg sebenarnya pergi secara berpasangan@couple...aku???...sebab itu aku menghargai kakak yang turut ikut kami nie kerana matlamat aku nak beli barang bukannya nak honeymoon or nak bercouple macam orang lain...
2) berjalan secara berpasangan..
aadoooiiii...rimasnya aku tgk..nasib baiklah ada akak yang join nie..dapatlah aku borak dengan dia...serious aku tak happy...sedih sangat..tolong jangan beria-ria ajak aku jika hanya nak penohkan kuota korang jer yer...rsanya lepas nie aku dah x berminat dah kot nak join..smpai sini jer..sorry guyyyssss...aku dah penat nak join..dah tawar hati...
3) tak menghargai perasaan orang lain...
part paling sedih nie la..tak tahu menjaga aib muka indivindu lain..kadang-kadang kita tak terfikir bagaimana kita ditempat mereka...

Tuesday, 29 September 2015

DIET OH DIET....

bercakap pasai diet nie membuatkan aku gerun..mana taknya..nak kena kawal nafsu makan ler..nak kena bersenam la..punohhh...tapi aku kan kuatkan semangat untuk kurus..caiyookkkk cik b-syah...hihihihi..sampai nak terangkat keyboard sebab terlalu bersemangat...
aku start berdiet nie dah hampir 2 minggu jugak la..Alhamdulilah walaupon tak banyak penurunan yang aku dapat hasilkan tapi tetap berpuas hati sebab aku lakukan diet nie tanpa bantuan ubat kurus atau sebarang pil-pil yang membahayakan kesihatan ulllosss...
aku berjaya mengurangkan lemak-lemak tepu yang aku ternak selama 24 tahun(usia aku la)..hihihihi..walaupon seminggu satu kilo penurunan tu...hihihihihi..aku tetap berpuas hati...lagi satu ukur lilit pinggang aku pon dah berkurang 2 inci...
aku berkerja hanya menghadap komputer, so, bilangan kalori yang aku bakar tu x banyak...sebab kurang pergerakkan yang aku lakukan...kuranglah peluh yang aku kelurkan..disebabkan hal nie la lemak-lemak aku bersorak kegembiraan...hihihihi
dulu tak pernah terlintas dalam fikiran aku nie nak turunkan berat badan..mungkin sebab fikirkan penyakit berbahaya yang mungkin hingap kat aku, aku memasang tekad untuk kurangkan berat badan aku..bukan semta-mata untuk cantik uulllsss tapi untuk kekal sihat..x la termenggah-mengah bila berjalan...
sebenarnya perasaan nie timbul apabila melihat orang lain lebih sihat jika dibandingkan dengan aku..and ada satu benda yang paling penting apabila aku dicabar untuk menguruskan badan oleh seorang individu...benda nie secara automatik melekat dalam hati aku..sampai bila aku nak hidup macam nie...sampai bila aku nak kekal dengan tubuh yang macam nie...and i was very lucky sebab individu tersebut mencabar aku dan menjadikan aku lebih bersemangat untuk kekal sihat...
hahahahaha....
so, kepada individu yang nak kuruskan badan dan nak kekal sihat cuba tanamkan azam dalam diri..jangan ada batu penghalang dalam matlamat yang bakal kita capai...

*in sya Allah kalau ada masa aku akan update tentang diet yang aku amalkan.. peace ^__^

Tuesday, 28 July 2015

BARISAN KABINET 2015

Najib Razak - Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan
Mah Siew Keong - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Idris Jala - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Joseph Kurup - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Joseph Entulu Anak Belaun - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Dr. Shahidan Kassim - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Paul Low Seng Kuan - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Nancy Shukri - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Abdul Wahid Omar - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Wee Ka Siong - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Azalina Othman Said - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Jamil Khir Baharom - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Dr. Asyraf Wajdi Dusuki - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Razali Ibrahim - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Chua Tee Yong - Timbalan Menteri Kewangan
Johari Abdul Ghani - Timbalan Menteri Kewangan
Ahmad Zahidi Hamidi - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri
Nur Jazlan Mohamed - Timbalan Menteri Dalam Negeri
Tuan Masir Anak Kujat - Timbalan Menteri Dalam Negeri
Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah - Menteri Kewangan II
Liow Tiong Lai - Menteri Pengangkutan
Ab Aziz Kaprawi - Timbalan Menteri Pengangkutan
Dr. S. Subramaniam - Menteri Kesihatan
Dr. Hilmi Yahaya - Timbalan Menteri Kesihatan
Mohamed Nazri Abdul Aziz - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
Mas Ermieyati Samsudin - Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
Hishammuddin Tun Hussein - Menteri Pertahanan
Mohd Johari Baharum - Timbalan Menteri Pertahanan
Mustapa Mohamed - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Ahmad Maslan - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Dr. Maximus Johnity Ongkili - Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Dr. James Dawos Mamit - Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Amar Douglas Uggah - Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
Moriah binti Kasnon - Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
Shabery Cheek - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Tajuddin Abdul Rahman - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Ismail Sabri Yaakob - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Alexander Nanta Linggi - Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Ahmad Jazlan Yaakub - Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Anifah Aman - Menteri Luar Negeri
Reezak Merican - Timbalan Menteri Luar Negeri
Wilfred Madius Tangau - Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Abu Bakar Mohamad Diah - Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Rohani Abdul Karim - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Azizah binti Mohd Dun - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Chew Mei Fun - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Fadillah Yusof - Menteri Kerja Raya
Rosnah Abdul Rashid Shirlin - Timbalan Menteri Kerja Raya
Richard Riot Anak Jaem - Menteri Sumber Manusia
Ismail Abd. Muttalib - Timbalan Menteri Sumber Manusia
Tengku Adnan Tengku Mansor - Menteri Wilayah Persekutuan
Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
Idris Jusoh - Menteri Pengajian Tinggi
Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Menteri Belia dan Sukan
Saravanan A/L Murugan - Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Abdul Rahman Dahlan - Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Halimah Mohd Sadique - Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Hamzah Zainudin - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Ahmad Bashah Md Hanipah - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Wan Junaidi - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Hamim Samuri - Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Mahdzir Khalid - Menteri Pendidikan
P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan - Timbalan Menteri Pendidikan
Chong Sin Woon - Timbalan Menteri Pendidikan
Mohd Salleh Keruak - Menteri Komunikasi dan Multimedia
Jailani Johari - Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia
Ong Ka Chuan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II

FOBIA CINTA....

umor 24 tahun???...kadang-kadang terasa sunyi...tetapi disebabkan keluarga dan sahabat kesunyian itu terisi...mungkin ramai rakan sebaya aku yang telah punya buah hati bahkan ramai yang sudah berkeluarga dan mempunyai cahaya mata..kadang-kadang terlintas banyak persoalan dibenakku...
"siapakah jodohku???"
                                   
ermmmm..memikirkan tentang "JODOH" aku menjadi gelisah...mana taknya ramai yang mula bertanya..tapi bagiku usia tak memberikan apa-apa makna kepadaku. mungkin kerana aku masih berkawan dengan orang-orang yang masih belum mempunyai pasangan..

kalau  bercakap soal pasangan..pastinya kita mahukan sesorang yang perfect..tapi semua itu tidak penting..cukuplah dia tahu menjaga pergaulaan dan mampu untuk hidup bersama kita dan mampu menerima kita seadanya... aku tidaklah hebat tentang pergaulan tapi aku harapkan seseorang yang mampu untuk membimbing aku..
                                

aku sebenarnya takut untuk memulakan perhubungan..takut menghadapi saat-saat kekecewaan..takut hendak merosakkan hati aku..takot hendak membebankan otak..takot hendak memutarkan fikiran dan minda untuk memikirkan si dia..TAKOT & FOBIA!!!!!....

nie antara contoh-contoh situasi cinta yang memenatkan malah meng "FOBIA"kan sesetengah pihak...termasuk aku....

CINTA BERTEPUK SEBELAH TANGAN
sakitnya tuh disini..huhuhuhu...kalau bab cinta bertepuk sebelah tangan pernah berlaku dalam hidupku..malu yang amat..menyukai sesorang yang sebernarnya langsung tidak menyukai kita dan hanya mengganggap kita sebagai sahabat...kadang-kadang sikap kaum nie yang terlebih "caring" pasal kita yang menyebabkan kita mula jatuh hati...tu la pernah seorang sahabat cakap kepadaku "jadi lelaki jangan bagi perasaan...dan jadi perempuan jangan cepat perasan"...aduhaiiii...setempek kena dengan muka..hihihihi

HANYA SEBAGAI KAWAN
situasi nie turut memenatkan aku..mana taknya seseorang yang kita anggap kawan menyukai kita...kita memang bersahabat tapi timbulnya perasaan dalam hati...keadaan ini hampir sama dengan "bertepuk sebelah tangan"...tapi aku disituasi ingin menolak...orang cakap "diluah mati emak, ditelan mati bapak".. akhirnya aku mengambil keputusan untuk menjarakkan diriku dengannya..aku tahu berat untuk menolak tapi realitinya aku tidak boleh menerima dia dalam hidupku...

DIPERMAINKAN
kes nie memang aku hangin satu badan...orang macam nie memang kena kaki ke muka baru berakal...hanya berpura-pura menyukai kita tapi sebenarnya hatinya bukan untuk kita...individu  yang telah mempunyai pasangan tapi masih mampu mengatal untuk hanya suka-suka..serious aku memang akan campak kau kelaut kalau diberi peluang... kes ini sering berlaku...kesian apabila dikenangkan yang kita nie hanya sampingan buat mereka...

itu antara setuasi yang sering aku dengar dari kawan-kawanku...sebenarnya masih banyak lagi sebab yang menjadikan aku takut untuk memulakan sesuatu perhubungan...sedih memang sedih..tapi biarlah pertemuan dan jodoh itu berlaku semulajadi dan tanpa ada aturan dari pihak lain..orang cakap biar lambat kahwin asalkan kita bertemu jodoh dengan orang yang tepat...
keep smile  (^__^)