"siapakah jodohku???"

ermmmm..memikirkan tentang "JODOH" aku menjadi gelisah...mana taknya ramai yang mula bertanya..tapi bagiku usia tak memberikan apa-apa makna kepadaku. mungkin kerana aku masih berkawan dengan orang-orang yang masih belum mempunyai pasangan..
kalau bercakap soal pasangan..pastinya kita mahukan sesorang yang perfect..tapi semua itu tidak penting..cukuplah dia tahu menjaga pergaulaan dan mampu untuk hidup bersama kita dan mampu menerima kita seadanya... aku tidaklah hebat tentang pergaulan tapi aku harapkan seseorang yang mampu untuk membimbing aku..

aku sebenarnya takut untuk memulakan perhubungan..takut menghadapi saat-saat kekecewaan..takut hendak merosakkan hati aku..takot hendak membebankan otak..takot hendak memutarkan fikiran dan minda untuk memikirkan si dia..TAKOT & FOBIA!!!!!....
nie antara contoh-contoh situasi cinta yang memenatkan malah meng "FOBIA"kan sesetengah pihak...termasuk aku....
CINTA BERTEPUK SEBELAH TANGAN
sakitnya tuh disini..huhuhuhu...kalau bab cinta bertepuk sebelah tangan pernah berlaku dalam hidupku..malu yang amat..menyukai sesorang yang sebernarnya langsung tidak menyukai kita dan hanya mengganggap kita sebagai sahabat...kadang-kadang sikap kaum nie yang terlebih "caring" pasal kita yang menyebabkan kita mula jatuh hati...tu la pernah seorang sahabat cakap kepadaku "jadi lelaki jangan bagi perasaan...dan jadi perempuan jangan cepat perasan"...aduhaiiii...setempek kena dengan muka..hihihihi
HANYA SEBAGAI KAWAN
situasi nie turut memenatkan aku..mana taknya seseorang yang kita anggap kawan menyukai kita...kita memang bersahabat tapi timbulnya perasaan dalam hati...keadaan ini hampir sama dengan "bertepuk sebelah tangan"...tapi aku disituasi ingin menolak...orang cakap "diluah mati emak, ditelan mati bapak".. akhirnya aku mengambil keputusan untuk menjarakkan diriku dengannya..aku tahu berat untuk menolak tapi realitinya aku tidak boleh menerima dia dalam hidupku...
DIPERMAINKAN
kes nie memang aku hangin satu badan...orang macam nie memang kena kaki ke muka baru berakal...hanya berpura-pura menyukai kita tapi sebenarnya hatinya bukan untuk kita...individu yang telah mempunyai pasangan tapi masih mampu mengatal untuk hanya suka-suka..serious aku memang akan campak kau kelaut kalau diberi peluang... kes ini sering berlaku...kesian apabila dikenangkan yang kita nie hanya sampingan buat mereka...
itu antara setuasi yang sering aku dengar dari kawan-kawanku...sebenarnya masih banyak lagi sebab yang menjadikan aku takut untuk memulakan sesuatu perhubungan...sedih memang sedih..tapi biarlah pertemuan dan jodoh itu berlaku semulajadi dan tanpa ada aturan dari pihak lain..orang cakap biar lambat kahwin asalkan kita bertemu jodoh dengan orang yang tepat...
keep smile (^__^)
No comments :
Post a Comment