
TAKOYAKI (OCTOPUS
BALL)??...salah satu makanan jepun yang menjadi kegilaan aku…kalau dapat makan takoyaki
nie memang rasa hidup nie nikmat…first time aku makan takoyaki nie dekat u mall
skudai…nikmat makan takoyaki nie memang tak dapat digambarkan..tapi kalau makan
selalu memang boleh pokai la..satu set takoyaki nie harganya RM4 tapi hanya ada
4 ketul…memang tak puas la...
Takoyaki nie
adalah sejenis makanan jepun..yang berbentuk bulat dan terdpt sotong
didalamnya..tapi sotong nie kita boleh gantikan dengan benda lain macam udang,
ketam ,ayam ,daging dan sebagainya mengikut bajet dan kesukaan masing-masing..
Dengan itu aku
nak buat sendiri takoyaki nie..kat sini aku sertakan resepi..ayuhhh ulllsss…..ahakkkssss….
First kita
kena buat tepung atau batter takoyaki:
1 cawan tepung gandum
300 ml air
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam..
1 biji telur
*boleh guna
tepung takoyaki yang terdapat di pasaraya besar tapi kalau nak jimat buat je
sendiri..
Lepas tu boleh
la kita buat sos untuk takoyaki nie..
1 cawan sos tomato
1 cawan worcestershire sos
2 cm halia ~ diparut halus
1 ulas bawang putih ~ diparut/tumbuk halus
¼ cawan gula
Cara2
Menyediakan Sos
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan dimasak sehingga
sos menjadi agak pekat.
Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol sos (yang biasa
kita letak mayonis yang senang nak picit tu)
*sos ini dapat bertahan selama sebulan jika disimpan dalam
peti ais…
Seterusnya
bahan-bahan dalam isian takoyaki:
Boleh dipelbagaikan isiannya walaupun Takoyaki merujuk
kepada Octopus Ball.
Antara bahan2 yang sesuai ialah :
Tuna/Octopus/Isi Udang/Crab fillet
Daun bawang ~ dipotong halus
Kubis dicincang halus2 (mcm nak buat coleslaw)
Seterusnya
bahan-bahan untuk taburan
Serbuk ikan bilis
Serbuk nori (seaweed)
Katsuoboshi.. (hirisan ikan bonito nipis macam kertas )


Cara2
Memasak Takoyaki
1. Bancuh semua bahan2 batter dengan menggunakan whisker
sehingga sebati. Tuangkan ke dalam jug plastik yang sesuai. (supaya mudah nak
menuang batter ke acuan nanti) Ketepikan sebentar.
2. Panaskan acuan takoyaki dengan api yang sederhana. Sapukan sedikit minyak masak dalam setiap
lubang acuan. Bila acuan dah agak panas,
tuangkan batter ke setiap lubang acuan sehingga penuh.
3. Masukkan bahan2 isian
(samada isi udang/tuna/ octopus yg telah dipotong kecil/crab stick yg dipotong
kecil). Kuantiti isian tu ikut suka.. kalau letak lebih lagi sedap! Kemudian
taburkan dengan hirisan daun bawang diikuti dengan kobis yang telah dicincang
4. TIPS MEMBULATKAN TAKOYAKI: Bila Takoyaki dah nampak beku
sikit.. bolehlah dicungkil sedikit menggunakan 2 batang lidi satay supaya
kedudukannya menjadi berubah tempat tapi JANGAN TERBALIKKAN terus! Biar
kedudukannya macam senget sikit.
Takoyaki pada masa ini akan berbentuk separa bulat dengan keadaan
berdiri. Nanti akan nampak dalam acuan ada tempat kosong lagi so tambahkan lagi
batter dalam acuan yg nampak kosong tu.. Biar beku sekejap then cungkil lagi
Takoyaki & ubah lagi kedudukan.
Bentuk Takoyaki pada masa ni akan jadi 3/4 bulat.. isi lagi bahagian
kosong dalam acuan sehingga penuh & terus pusing kedudukan Takoyaki supaya
bentuk bulat sepenuhnya berada dibahagian atas & batter yang baru dituang
tadi berada dibahagian bawah bermakna bentuk Takoyaki pada masa ini sudah
menjadi bulat sepenuhnya. Lepas beberapa
minit.. pusing2kan Takoyaki yang dah berbentuk bulat sepenuhnya tu supaya garing sekata. Semasa menunggu garing tu bolehlah
ditambahkan sedikit minyak supaya lebih mudah garing.
5. Bila dah cukup garing. Cucuk Takoyaki & susun dalam
pinggan hidangan. Paipkan sos takoyaki
& sos mayonis secukupnya. Taburkan dengan nori halus & juga
katsuoboshi. Sedia untuk dihidangkan!

…SELAMAT
MENCUBA…
amboi pandainyaaaa
ReplyDeletetengah mencuba2 buat.. =)
Delete