Sunday, 15 June 2014

Kampong Chubadak



Sedih selepas aku menonton video yang dimuat turun dalam youtube apabila kampong Chubadak yang diroboh oleh DBKL…dalam video itu aku lihat mak cik2 dan nenek2 yang sedih apabila mengenangkan rumah mereka akan dirobohkan..anak-anak kecik menangis melihat rumah mereka dirobohkan…
kampung chubadak terletak berhampiran dengan bandar raya kuala lumpur. Berdasarkan sejarah lisan, Kampung Chubadak ini di sebelah utara yang pada suatu ketika dahulu dikenali sebagai Kampung Chubadak Hulu dan di sebelah selatan dikenali sebagai Kampung Chubadak Hilir telah wujud sebelum tahun 1800. Kampung ini diterokai oleh orang berketurunan minang Chubadak dari Sumatra berjenarasi lamanya. Penduduk asal Kampung Chubadak adalah merupakan pemilik tanah rezab Melayu dari dahulu hingga sekarang yang mempunyai geran tanah sendiri.
Dalam mengejar pembangunan serta kemodenan, kita seakan melupakan kampung tradisi kaum Melayu yang semakin berkurangan.Ini kerana, kebanyakan kampung-kampung tersebut telah dibangunkan oleh kerajaan mahupun pemaju.Usaha memajukan sesebuah kampung yang daif dilihat amat baik namun sekiranya identiti tradisi kampung Melayu terhakis, ia pasti memberi kesan negatif kepada generasi akan datang.Bersandarkan kepada prinsip mahu mempertahankan identiti kampung Melayu tradisi inilah yang menyebabkan kira-kira 160 keluarga di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul berusaha selama 12 tahun memperjuangkan nasib kampung mereka yang kini hanya tinggal sekangkang kera akibat dihimpit pembangunan di sekelilingnya.

Lokasi Kampung Chubadak yang hanya lima kilometer dari pusat bandar menjadikan kawasan tersebut umpama lubuk emas dan menjadi rebutan banyak pihak untuk membangunkannya dengan penempatan mewah yang sudah tentu memberi pulangan jutaan ringgit.Tatkala kawasan di sekelilingnya dipacakkan bangunan-bangunan tinggi, kampung yang berusia lebih 50 tahun ini masih di takuk lama.Sekali pandang, kampung tersebut umpama setinggan di Ciliwung, Jakarta, cuma bezanya Kampung Chubadak bukan berstatus setinggan walaupun kebanyakan orang beranggapan sebegitu.

Menurut maklumat yang diperoleh, tanah di kampung tersebut telah memperolehi pengiktirafan milikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1998 yang mengatakan bahawa ia adalah milik peneroka-peneroka bandar dan perlu membayar ganti rugi kepada mereka sekiranya ingin memajukan kawasan tersebut. Menurut keputusan itu, ganti rugi yang perlu dibayar oleh pemaju adalah berdasarkan keseluruhan kos yang dialami penduduk untuk kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian rumah atau mereka dibayar dengan nilai semasa rumah yang ditaksirkan oleh penilai tanah bebas yang dipersetujui bersama kedua-dua pihak serta pembayaran segala kos sampingan berhubung penempatan semula penduduk.
Bagi mendapat gambaran yang jelas, wartawan dan jurugambar Utusan Malaysia menyusuri kampung berkenaan berikutan berlakunya pertikaman lidah di antara penduduk dan pemaju yang didakwa menceroboh kawasan kampung tersebut baru-baru ini.Penduduk mendakwa, pemaju telah membina pagar berdekatan jalan utama ke kampung tersebut sehingga empat buah rumah penduduk telah dirobohkan.Oleh itu, maka terjadinya pertelingkahan di antara pemaju dengan penduduk yang masih belum ada kesudahannya sehingga kini.Difahamkan, penduduk di kampung tersebut merupakan waris generasi keempat kepada mereka yang meneroka dan menetap di kawasan itu seawal tahun 1980-an.Namun pada pada tahun 1996, kampung tersebut digegarkan dengan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan pemaju untuk membina beberapa blok apartmen di kawasan berkenaan.

Natijahnya, bagi mempertahankan kampung mereka, ramai di kalangan penduduknya pernah bermalam di lokap gara-gara mengadakan perhimpunan bagi menghalang pemaju daripada meneruskan kerja-kerja pembinaan.Sebahagian daripada penduduk pula menerima tawaran yang diberikan oleh pemaju iaitu pampasan sebanyak RM7,000 dan sebuah rumah untuk diduduki iaitu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda.Menurut Ketua Kampung Chubadak Tambahan, Rahim Ali, sebelum ini telah beberapa kali penduduk membuat bantahan kepada DBKL namun tiada tindakan yang diambil memandangkan ia bukan di bawah bidang kuasa mereka kerana tanah berkenaan adalah hak pemaju.KemusykilanKatanya, yang menjadi kemusykilan ialah bagaimana tanah kampung itu dijual kepada pemaju tanpa diiklankan serta di luar pengetahuan penduduk yang menjadi pewaris kepada tanah tersebut."Penduduk kampung bukanlah menolak pembangunan yang hendak diadakan namun mengapa mereka menggunakan cara yang kasar begini... pendapat kami langsung tidak diambil kira dalam membuat sebarang keputusan.

"Jika benar sekalipun di luar bidang kuasa DBKL, tidak bolehkah DBKL membantu kami untuk memperjelaskan masalah tersebut dan bukan hanya dengan menawarkan unit kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR) sahaja untuk menempatkan kami."Kami bukan setinggan. Kami adalah pewaris kepada tanah peneroka-peneroka bekas lombong ini dan kami memerlukan keprihatinan semua pihak bagi menyelesaikan kemelut yang menimpa penduduk perkampungan Melayu ini," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Chubadak, Sentul di sini hari ini.

Tambahnya, lebih menyedihkan, DBKL telah mengkategorikan kampung tersebut sebagai penempatan setinggan dalam Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur (KLCP) 2020 yang dilancarkan baru-baru ini bersama-sama lima buah kampung lagi.Kampung lain ialah Kampung Padang Balang, Kampung Bandar Dalam, Kampung Sungai Merali, Kampung Bahagia dan Kampung Puah."Saya hairan mengapa kampung-kampung ini dikatakan setinggan setelah nenek moyang kami yang meneroka kampung ini satu masa dahulu," katanya.

Seorang lagi penduduk, Ramlee Ahmad, 38, memberitahu, keadaan di kampung tersebut menjadi kucar-kacir sejak beberapa tahun dahulu apabila pihak pemaju mula menutup dan mengubah laluan utama untuk masuk keluar ke kampung berkenaan tanpa membuat sebarang makluman.Ujarnya, jalan tersebut ditutup bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan dijalankan.Tambahnya, berang dengan tindakan tersebut, penduduk beberapa kali mencabut pagar-pagar yang didirikan menyebabkan pemaju 'kepanasan' sehinggakan terpaksa melibatkan campur tangan polis bagi menyelesaikan isu tersebut.Malangnya, ia pasti berakhir dengan pertelingkahan dan penahanan penduduk kampung walaupun pada awalnya hanyalah niat untuk mengadakan perbincangan sahaja.

"Kalau tidak silap saya, sudah beberapa kali saya terpaksa berdepan dengan insiden di mana penduduk kampung ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul kerana kesalahan kacau ganggu pemaju."Namun apa yang membanggakan saya ialah penduduk kampung ini tidak kisah bermalam di lokap demi memperjuangkan nasib tanah mereka dilahirkan seperti mana yang dilakukan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan negara dahulu.

"Jadi saya amat berharap, kerajaan dapat campur tangan bagi menyelesaikan masalah ini demi kepentingan hak orang Melayu yang menetap di kampung ini," tegasnya.Bagi Siti Solehah Husaini, 44, walaupun dia telah beberapa kali ditangkap polis kerana menghalang kerja-kerja pembinaan yang dijalankan pemaju, dia tidak kisah asalkan tanahnya tidak tergadai."Setiap kali saya ingin berbincang dengan pemaju mengenai hak tanah ini, pastinya ia tidak dapat dilaksanakan dengan baik sehingga menyebabkan pergaduhan dan yang terbaru ialah pada 21 Ogos lalu di mana anak saya juga ditangkap."Saya tidak tahu apakah kesalahan kami... memperjuangkan hak ke atas kampung sendiri daripada diceroboh pun dikira kesalahan sehingga boleh ditahan."Penduduk kampung sama sekali tidak menolak pembangunan yang hendak dijalankan tetapi biarlah dengan beradab memandangkan kami adalah pewaris kepada tanah ini," katanya.
Nada yang sama disuarakan oleh Rosidah Mohd. Daud, 43, yang mengakui bahawa masalah tersebut berlaku memandangkan penduduk tidak mempunyai geran tanah yang membuktikan tanah tersebut milik mereka, berbeza dengan pemaju yang memiliki geran tersebut."Saya tidak tahu bagaimana pemaju memperoleh geran tanah tersebut sedangkan kami tidak mengetahui siapa yang menjual tanah ini."Apa yang kami tahu, kami mempunyai keputusan mahkamah yang mengatakan bahawa kami mempunyai ekuiti ke atas tanah kampung ini, yang membezakan antara kami dengan penduduk setinggan," ujarnya.Begitulah nasib segelintir penduduk di Kampung Chubadak Tambahan yang hak mereka ke atas tanah diduduki masih samar-samar namun tidak akan berganjak daripada pendirian mereka untuk tetap utuh memperjuangkannya.


Oleh itu, ada baiknya penduduk, DBKL serta pemaju duduk berbincang bersama-sama bagi mendapatkan jalan penyelesaian yang dapat memuaskan hati semua pihak.


Saturday, 14 June 2014

Cinta platonic

                           

Cinta platoni adalah istilah cinta yang digunakan untuk pasangan yang tidak mengistiharkan cinta Antara mereka..Menurut Wikipedia cinta platonic nie ialah  adalah sebuah istilah yang dipakai untuk menyebut sebuah perkaitan kasih sayang, tetapi unsur-unsur rasa tarikan secara seksual tidak wujud.
Istilah ini diambil dari salah satu bahasa Yunani, Plato, terutama dari karyanya Symposium, yang tertulis bahawa cinta akan wujud daripada kebaikan adalah dasar dari semua kebajikan dan kebenaran.

Istilah Amor Platonicus, telah digunakan pada awal abad ke-15 oleh Marsilio Ficino, sebagai sinonim daripada "Amor Socraticus," yang merujuk kepada kasih sayang antara Socrates dan murid-muridnya.


Lazimnya cinta platonic nie wujud apabila lelaki dan perempuan itu intim dalam persahabatan. Tetapi ini bukanlah macam couple yang lain..hubungan Antara persahabatan itu menjadi lebih rapat tetapi tidak menjerus ke arah couple atau perhubungan yang lebih..dan ramai yang mengalami cinta platonic ini tanpa disedari..
Adakah cinta platonik ni boleh cenderung kepadA seksual? Jawapannya tidak, sebab cinta platonik ini hanya lebih mementingkan "closeness" antara mereka. Why? Sebab sebolehnye mereka yang mempunyai rasa cinta platonik ini akan protect 'sahabat' mereka sebaik mungkin.
believe or not? Mereka yang ada cinta platonik ini sanggup korbankan rasa cinta itu sendiri demi sahabat mereka.
Percintaan dan cinta platonic??...Apa bezanya? Okay bila terjebak dengan cinta platonik, kamu akan sedaya upaya nak protect kawan kamu,walaupon dia tak pernah perasan dengan tindakan kamu. Kamu mencintai dia,tapi bila kamu mengerti bahawa sahabat kamu mencintai orang lain,kamu tetap terima dan sedaya upaya tolong untuk bantu sahabat kamu. Walaupon kamu tahu bahawa orang yang sahabat kamu cintai itu tidak pernah menyukainya,dan kamu tahu akhir nanti kawan yang kamu cintai akan dilukai.
                                      
Cinta platonik juga buat kita cuba protect mereka seperti saudara sendiri. But sebenarnya, cinta platonik is more beautiful than the real love. Untill now i still keep my 'cinta platonik' in my heart. As long as ur friend never take it seriously about your feeling toward  him and try to appreciate ur feeling as friend, i believe its ok.
Cinta sebenar antara lelaki dan perempuan bukan tidak indah,cuma ia tidak boleh jadi seperti cinta platonik. Sayangkan rasa cinta yang ada,akan hilang selepas wujud perkataan break off.
Mungkin tak semua lah cinta sebenar macam itu. Mungkin ada yang langsung tak bertegur siapa selepas break off, dan mungkin juga masih ada yang boleh bertegur siapa. tapi cinta itu tidak boleh kekal dalam hati seperti cinta platonik. Kan??...
Pernah dengar " Dari sahabat boleh menjadi cinta,tapi amat sukar untuk dari cinta menjadi sahabat". Aku percaya ramai yang pernah dengar tapi masih terjebak dari sahabat menjadi cinta. tapi terlalu sedikit yamg boleh kembali menjadi sahabat.

                                     

RESEPI TAKOYAKI…



TAKOYAKI (OCTOPUS BALL)??...salah satu makanan jepun yang menjadi kegilaan aku…kalau dapat makan takoyaki nie memang rasa hidup nie nikmat…first time aku makan takoyaki nie dekat u mall skudai…nikmat makan takoyaki nie memang tak dapat digambarkan..tapi kalau makan selalu memang boleh pokai la..satu set takoyaki nie harganya RM4 tapi hanya ada 4 ketul…memang tak puas la...
Takoyaki nie adalah sejenis makanan jepun..yang berbentuk bulat dan terdpt sotong didalamnya..tapi sotong nie kita boleh gantikan dengan benda lain macam udang, ketam ,ayam ,daging dan sebagainya mengikut bajet dan kesukaan masing-masing..
Dengan itu aku nak buat sendiri takoyaki nie..kat sini aku sertakan resepi..ayuhhh ulllsss…..ahakkkssss….
First kita kena buat tepung atau batter takoyaki:
1 cawan tepung gandum
300 ml air
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam..
1 biji telur
*boleh guna tepung takoyaki yang terdapat di pasaraya besar tapi kalau nak jimat buat je sendiri..

Lepas tu boleh la kita buat sos untuk takoyaki nie..
1 cawan sos tomato
1 cawan worcestershire sos
2 cm halia ~ diparut halus
1 ulas bawang putih ~ diparut/tumbuk halus
 ¼ cawan gula

Cara2 Menyediakan Sos
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan dimasak sehingga sos menjadi agak pekat.
Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol sos (yang biasa kita letak mayonis yang senang nak picit tu)
*sos ini dapat bertahan selama sebulan jika disimpan dalam peti ais…
Seterusnya bahan-bahan dalam isian takoyaki:
Boleh dipelbagaikan isiannya walaupun Takoyaki merujuk kepada Octopus Ball.
Antara bahan2 yang sesuai ialah :
Tuna/Octopus/Isi Udang/Crab fillet 
Daun bawang ~ dipotong halus
Kubis dicincang halus2 (mcm nak buat coleslaw)

Seterusnya bahan-bahan untuk taburan
Serbuk ikan bilis
Serbuk nori (seaweed)

Katsuoboshi.. (hirisan ikan bonito nipis macam kertas )

                        

                        

Cara2 Memasak Takoyaki
1. Bancuh semua bahan2 batter dengan menggunakan whisker sehingga sebati. Tuangkan ke dalam jug plastik yang sesuai. (supaya mudah nak menuang batter ke acuan nanti) Ketepikan sebentar.
2. Panaskan acuan takoyaki dengan api yang sederhana.  Sapukan sedikit minyak masak dalam setiap lubang acuan.  Bila acuan dah agak panas, tuangkan batter ke setiap lubang acuan sehingga penuh.
3.  Masukkan bahan2 isian (samada isi udang/tuna/ octopus yg telah dipotong kecil/crab stick yg dipotong kecil). Kuantiti isian tu ikut suka.. kalau letak lebih lagi sedap! Kemudian taburkan dengan hirisan daun bawang diikuti dengan kobis yang telah dicincang
4. TIPS MEMBULATKAN TAKOYAKI: Bila Takoyaki dah nampak beku sikit.. bolehlah dicungkil sedikit menggunakan 2 batang lidi satay supaya kedudukannya menjadi berubah tempat tapi JANGAN TERBALIKKAN terus! Biar kedudukannya macam senget sikit.  Takoyaki pada masa ini akan berbentuk separa bulat dengan keadaan berdiri. Nanti akan nampak dalam acuan ada tempat kosong lagi so tambahkan lagi batter dalam acuan yg nampak kosong tu.. Biar beku sekejap then cungkil lagi Takoyaki & ubah lagi kedudukan.  Bentuk Takoyaki pada masa ni akan jadi 3/4 bulat.. isi lagi bahagian kosong dalam acuan sehingga penuh & terus pusing kedudukan Takoyaki supaya bentuk bulat sepenuhnya berada dibahagian atas & batter yang baru dituang tadi berada dibahagian bawah bermakna bentuk Takoyaki pada masa ini sudah menjadi bulat sepenuhnya.  Lepas beberapa minit.. pusing2kan Takoyaki yang dah berbentuk bulat sepenuhnya  tu supaya garing sekata.  Semasa menunggu garing tu bolehlah ditambahkan sedikit minyak supaya lebih mudah garing.
5. Bila dah cukup garing. Cucuk Takoyaki & susun dalam pinggan hidangan.  Paipkan sos takoyaki & sos mayonis secukupnya. Taburkan dengan nori halus & juga katsuoboshi.  Sedia untuk dihidangkan!


                                            …SELAMAT MENCUBA…


Sunday, 8 June 2014

selamat hari lahir sahabat...

9/6 tanggal lahirnya seorang sahabat..bagiku dia sahabat terbaik yang pernah aku ada.. entah apa yang membuatkan dia bergitu istemewa bagi aku..selalunya orang berfikir yang teman atau sahabat selalunya orang yang kita kenal dari kecil.. tetapi aku mula mengenalinya asewaktu aku berumur 18 tahun sewaktu mula-mula aku menjejaki persekolahan di tingkatan 6.. aku menganggap dia terlalu istimewa bagiku..

tak dinafikan setiap persahabatan akan menghadapi konflik atau pergaduhan.tetapi bukanlah sesuatu yang besar kerana setiap pertelingkahan antara kami membuatkan aku semakin mengenali dia..sifat dia yang tegas dan penuh kasih sayang dan pengertian membuatkan aku selesa dengannya..

teringat aku waktu bermula persahabatan aku dengannya..kami bertegur walaupon belum mengenali..aku tidak ingat bila saat itu berlaku tetapi aku merasakan bahawa satu pertemuan itu menjadikan aku lebih matang dalam setiap pergaulan dan persahabatan yang aku lalui bersamanya..

pelbagai pengalaman yang kami kongsi bersama..tangis dan tawa bersama..hehehehehe..teringat waktu mengambil result MUET..dia yang melihat aku menangis turut sama menangis apabila result yang kami perolehi tidak seperti yang diinginikan...selang beberapa minit selepas tangisan itu kami sudah mula ketawa..entah aura apa yang dia berikan padaku kerana setiap kesedihan yang aku lalui itu hanya sekejap jika bersamanya..

sekarang sudah 6 tahun kami berkawan..aku tetap lagi bersamanya walaupon jauh  dari pandangan dan jarak.. esok adalah hari lahirnya yang ke 23 tahun.. ingin sangat aku menyambutnya tapi jarak antara kami memisahkannya.. happy birthday and sweet 23..

sedar apabila aku jauh darinya membuatkan aku rindu persahabatan antara kami..membuatkan aku rindu saat kami bergelak..dia memberika aku perangsang dan semangat yang tak mungkin dapat diberikan oleh teman aku yang lain.. seorang yang tegas dalam memberikan pendapatnya dan tidak kedekut dalam setiap apa yang diperolehi olehnya..


-sahabat untuk sahabat-

Thursday, 22 May 2014

Fakta Menarik Dunia

menghabiskan waktu dengan menyelak akhbar google..disebabkan aku mengalami keboringan yang melampau yang mampu membuatkan seseorang itu hilang arah..hehehehe..

untuk itu, bagi menghilangkan rasa keboringan nie..jom kita baca fakta menarik tentang dunia...

1. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

2. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

3. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Itali, jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

4. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

5. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

6. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

7. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

8.Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

keep smile...
^_^

Monday, 21 April 2014

SAHABAT???...


Apakah sebenarnya erti persahabatan itu?apakah persahabatan itu cukup dengan hanya mengenali dan menjadikan seseorang itu sebagai tempat untuk ketawa berkongsi masalah dan bergurau senda?Apa pula perbezaan antara teman,kawan dan sahabat?Bila bertanya soalan ini kepada sekelompok manusia,mesti ada antara mereka akan menjawab..bezanya ialah sebutan ataupun ejaan lantas ada diantara mereka yang akan ketawa terbahak-bahak dengan jawapan mereka sendiri.Mungkin bagi mereka itu jenaka yang amat mengelikan hati.
                       

Bagi saya teman,kawan dan sahabat terdapat makna yang tersendiri.Istilah teman kawan dan sahabat ini berbeza penggunaannya.Mungkin yang membezakan antara tiga istilah itu adalah kekuatan dalam perhubungan.Bagi saya teman adalah orang yang boleh menjadi tempat untuk kita berkongsi suka duka dan masalah.Apakah kenyataan saya ini seolah-olah menyatakan bahawa sahabat tidak seperti itu?Sahabat pula bagi saya adalah seseorang yang boleh memahami diri kita disetiap situasi.Dia berperanan lebih istimewa berbanding teman.Kawan pula adalah seseorang yang sama peranannya seperti teman,cuma mungkin keterikatan kawan itu longgar sedikit berbanding teman.Mungkin contoh yang boleh dibawa ialah istilah "kawan makan kawan".Kita tidak menggunakan istilah teman makan teman.Jadi,ia menjadi bukti bahawa keakraban teman itu adalah jauh lebih kuat berbanding kawan.

                       

JOM KITA BUAT UJIAN PSIKOLOGI MENGENAI SAHABAT…


Ujian psikologi ini adalah bertujuan mengetahui sejauh mana ketulusan sahabat-sahabat kita....soalannya mudah:
Anda diminta menanam pokok kelapa. Ada 4 tempat pilihan anda kena pilih...
1- tepi sungai
2- halaman rumah
3-tepi/tengah padang
4-belakang rumah/tepi dapur

Jawap dengan jujur ya





dah pilih????
ok setiap tempat yang dipilih membawa maksud tertentu
1- tepi sungai
-boros
-sukar berjimat
-boleh juga dikatakan sangat pemurah/pemboros

2- halaman rumah
-sangat suka dipuji
-pantang dibodek/dipuji akan melayan orang yang dipuji dengan beitu baik sekali

3-tepi/tengah padang
-sangat berkira/kedekut

4-belakang rumah/tepi dapur
-penjimat
-pandai menguruskan kewangan dengan baik
-paling bersederhana dalam semua segi

            


keep smile.. ^_^

Wednesday, 19 February 2014

Misteri dan mitos burung-burung aneh..

Burung Phoenix (Phœnix)
Phoenix (Phœnix) dalam mitologi Mesir dan Phoenicia adalah burung legenda yang keramat. Phoenix digambarkan memiliki bulu yang sangat indah berwarna merah dan keemasan.
Phoenix dikatakan dapat hidup selama 500 atau 1461 tahun. Setelah hidup selama itu, phoenix membakar dirinya sendiri. Setelah itu, dari abunya, muncullah kembali burung phoenix muda. Phoenix merupakan simbol dari keabadian, lambang dari kitaran kehidupan setelah mati, dan simbol kebangkitan tubuh setelah mati. Teriakan Phoenix juga dikatakan dapat menghasilkan rima lagu yang paling indah.
Phoenix menjadi simbol suci pemujaan terhadap Dewa matahari di Heliopolis, Mesir. Burung burung api simbol dari "Dewa matahari - Ra".
Burung ini juga turut diceritakan dalam kisah Sindbad iaitu sebahagian Hikayat Seribu Satu Malam.




Burung garuda
Dalam agama Hindu, Garuda merupakan dewa kecil tunggangan (vahanam) bagi Dewa Vishnu. Garuda digambarkan sebagai memiliki tubuh keemasan dengan badan sasa lelaki bermuka putih, bersayap merah, berparuh lang dengan mahkota pada kepalanya. Dewa silam ini dikatakan besar, cukup besar untuk melindungi matahari.
Garuda diketahui sebagai musuh temurun kepada keturunan ular Nāga dan diketahui makan hanya ular, tabiat yang mungkin merujuk kepada "Short-toed Eagle" sebenar di India. Gambaran Garuda seringkali digunakan sebagai tangkal atau sihir bagi melindungi pemakainya daripada serangan ular dan racunnya, kerana raja burung merupakan musuh ketatnya dan "pemakan ular". Garudi Vidya merupakan jampi menentang racun ular bagi menghapuskan pelbagai jenis kejahantan.

Garuda Sendiri di gambarkan memiliki tubuh setengah burung dan setengah manusia. Garuda adalah raja segala burung. Mitosnya garuda memiliki sinar yang sangat terang sehingga para dewa mengiranya Agni (Dewa Api),  konon ketika garuda membentangkan sayapnya dapat menutupi cahaya matahari. Garuda sering di lukiskan memiliki kepala, sayap, ekor dan moncong burung elang dan tubuh, tangan dan kaki seorang manusia. Mukanya putih, sayapnya merah, dan tubuhnya berwarna keemasan.


Burung fenghuang
Fenghuang ialah raja segala burung dalam mitos Asia Timur. Jantannya dipanggil Feng dan betinanya pula Huang. Walaupun begitu, dewasa ini jantina burung ini jarang dibezakan, maka Feng dan Huang dikaburkan menjadi lambang kebetinaan yang boleh berpasangan dengan naga Cina yang berlambang kejantanan. Fenghuang juga dikenali sebagai "Ayam Jaguh Mulia" (Cina Tradisional: 鶤雞 kūnjī) kerana adakalanya mengambil tempat bintang Ayam dalam zodiak Cina. Di dunia Barat, burung mitos ini dikenali sebagai Phoenix Cina, tetapi juga boleh dibandingkan dengan cenderawasih mitos kerana kecantikannya. Kota Purba Fenghuang ialah sebuah penempatan kuno yang terletak di wilayah Hunan.
Burung Fenghuang sering digambarkan menyambar ular dengan cakar sambil melebarkan sayapnya. Mengikut catatan Erya, bab 17 Shiniao, Fenghuang dikatakan berparuh ayam jantan, bermuka burung layang-layang, berdahi ayam, berleher ular, berdada angsa, berbelakang kura-kura, bersukuan belakang rusa jantan dan berekor ikan.[1] Kini pula, burung mitos ini sering dihuraikan sebagai gabungan anggota badan beraneka burung termasuklah berkepala kuang emas, berbadan itik cina, berekor merak jantan, berkaki burung jenjang, berparuh kakaktua, dan berkepak burung layang-layang.
Badannya melambangkan enam jasad cakerawala. Kepalanya ialah angkasa, matanya ialah suria, belakangnya ialah bulan, sayapnya ialah angin, kakinya ialah bumi, dan ekornya ialah planet-planet. Bulu-bulu pelepahnya berwarna lima warna asas: hitam, putih, merah, biru dan kuning. Adakalanya burung Fenghuang digambarkan berkaki tiga.


Burung yatagarasu
Burung berkaki tiga (atau "tripedal") adalah makhluk yang ditemukan di berbagai mitologi dan sastra Asia, Minor Asia, dan Afrika Utara.
Di mitologi Asia Timur burung yang berkaki tiga paling sering dihubungkan dengan matahari.Makhluk ini, pernah ditampilkan dalam mitos dari Mesir, di mana muncul di atas lukisan dinding tembok. juga sudah pernah digambarkan di atas uang logam kuno dari Lycia dan Pamphylia.

China
Di mitologi Cina, matahari berasal dari seekor burung gagak keemasan yang berkaki tiga (金烏/). Menurut cerita rakyat, semula sepuluh ekor burung matahari, bertempat-tinggal di pohon murbai di laut timur; setiap hari seekor di antara burung matahari akan pergi mengelilingi dunia yang digerakkan oleh Xihe (dewata) 'ibu' matahari. Cerita rakyat juga bercerita bahwa, di sekitar 2170 S.M., kesepuluh ekor burung matahari muncul pada hari yang sama, membuat dunia dibakar; Houyi pemanah menyelamatkan situasi dengan menembak jatuh semua tetapi seekor di antara burung matahari.
Jepun
Di mitologi Jepang, makhluk terbang ini adalah seekor Burung Gagak Hutan yang disebut Yatagarasu / Yata garasu (八咫烏 ,yatagarasu); dan penampilan burung luar biasa ini ditafsirkan sebagai bukti kemauan Surga atau intervensi luar biasa di urusan manusiawi. Walaupun Yatagarasu disebut di sejumlah tempat di kanon Shintō, ada sangat sedikit keterangan, dan bagian terbesar bahkan bertentangan. Burung gagak luar biasa ini dikirim dari surga sebagai seorang pemandu bagi Emperor Jimmu atas perjalanan pertamanya dari daerah yang akan menjadi Kumano yang akan menjadi Yamato. Secara umum disetujui bahwa Yatagarasu adalah penjelmaan Taketsunimi bukan mikoto, tetapi tak satu dokument yang memberi keterangan spesifik tentangnya. Atas banyak kesempatan, Yatagarasu muncul di seni sebagai seekor burung yang berkaki tiga, walaupun tidak ada deskripsi menyebutkan bahwa Yatagarasu berkaki tiga di Kojiki.

Korea
Di mitologi Korea, Burung ini dikenal sebagai "Samjogo Kari-sae" (hangul: 삼족오; hanja: 三足烏). Selama periode Koguryo Kingdom, Samjogo adalah lambang tenaga yang sangat dipandang, dianggap sebagai lambang Goguryeo.


Saturday, 15 February 2014

Catatan seorang pelajar….



Dalam sebuah perjalanan hidup tidak semuanya indah terutamanya ketika kita harus berpisah dengan seseorang yang sangat kita sayangi..kesedihan, rasa perih dan rasa kehilangan kerap menghantui, namun semua itu adalah hal yang tidak mungkin kita dapat elakkan..terkadang segala pergobanan yang kita lakukan  adalah untuk masa depan kita dan orang yang kita sayangi…
Catatan di atas mungkin sesuai dengan aku..yang terlalu ingin pulang ke kampong walaupon baru 2 minggu aku memasuki kuliah...cuti semester sudah berakhir...walaupon hanya 3 minggu lebih berada di kampong tetapi kemanisan tetap dirasai..al maklumlah, aku akan menjadi anak kesayangan mak dengan ayah aku kejap..hahahha..dengaq gossip-gossip kat kampong, dengaq ayah aku bercerita tentang kerjanya di sawah, mak aku pulak suka sembang tentang arnab yang dibelanya yang hampir mencecah 30 ekor…kakak-kakak aku yang sering menceritakan masalah dan peristiwa yang dialami mereka seharian…menemani adik-adikku berkelah,shopping, jalan-jalan…membuatkan aku berasa tenteram dan dipenuhi kasih sayang…hehehehehe…
Sepanjang bercuti nie ramai juga kawan-kawan aku yang mendirikan rumah tangga.. antaranya kawan sekolah form 6 aku…hehehehe…lepas tu kawan waktu form 5…ada juga kawan-kawan aku yang mengikat tali pertunangan…hehehehe..rasa macam bru semalam aku kenal korang tapi korang dah bergelar suami dah bergelar isteri…hehehehe..moga hubungan korang kekal sampai akhir hayat..
Jeles pulak aku tengok kawan-kwan aku yang dah mendirikan rumah tangga..aku nie jangan katakan rumah, tangga pon tak nampak…hehehehehe…manis je diorang atas pelamin…mulalah sifat cemburu dalam diri nie..issshhhhh…hehehehe…jangan risau b-syah jodoh semula terletak pada Allah..dia telah menetapkan apa yang terbaik untuk hamba-Nya..

  sekadar gambar hiasan  
                          
                                             

    
In syaa Allah…
Semoga dipermudahkan segala urusan..
Keep smile.. ^_^

Wednesday, 8 January 2014

Kenali personality anda melalui jenis darah…

Rasa lapang sikit sebab paper exam dah tak banyak…mulalah tangan aku menyelongkar maklumat-maklumat dalam google nie….selongkar punya selongkar aku terjumpa satu entri tentang personality seseorang…
Sebenarnya benda nie sekadar suka-suka..jangan korang percaya bulat-bulat apa yang aku nak tulis nie tauu….tudiaaaa…. rahsia personality melalui jenis darah..artikel nie aku  jumpa waktu aku melayari internet…hehehehe

Moh kita tengok sama-sama:

                      
DARAH A
Ketika kecil, orang yang berdarah jenis A biasanya suka bercampur gaul dengan orang lasak. Selepas memperolehi sesuatu pekerjaan dan kaya dengan pengalaman hidup, orang seperti ini dapat mengawal perasaan sendiri dan lebih bersifat matang. Bagaimanapun, ketika tua kelak, orang yang berdarah jenis A ini akan menunjukkan sikap yang degil dan keras kepala. Biasanya orannya serius dan penyabar, tegas dan dapat dipercayai, berfikir secara menyeluruh, konsisten, keras kepala. Orang golongan darah A ini biasanya suka menyendiri kerana memiliki idealisme.
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidupnya. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu disekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan.

Cara Berkomunikasi Dengan Mereka Berdarah A 
* Jangan mengangkat topik yang konfrontatif, misalnya, topik kontroversial kerana mereka orang yang tidak suka membuat konfrontasi dengan lawan bicara.
* Gunakan kata-kata yang relatif sopan kerana mereka sangat sensitif dan terkadang konservatif sehingga kata-kata yang tidak sesuai dengan standard kesopanan minimal akan dapat menyinggung mereka.
* Jika menjawab usahakan dengan lengkap dan bermakna kerana mereka adalah orang yang sangat sempurna dan kurang menyukai hal yang setengah-setengah.
* Mintalah pandangan dan pendapat mereka kerana mereka sangat kreatif untuk hal ini dan dengarkan dengan saksama ketika mereka menjelaskan.
* Jangan melebihi mereka saat menyampaikan sesuatu. Maksudnya, jangan sampai mereka merasa dilampaui dalam hal kepintaran dan pengalaman, misalnya.
* Hargai mereka dengan memuji seperlunya kerana pujian yang berlebihan akan membuat mereka ragu dengan ketulusan si pemuji.

DARAH B                                    
Bagi berdarah jenis B pula, mereka dapat melalui zaman kanak2 yang cukup bahagia dan seronok. Apabila meningkat dewasa, orang yang berdarah jenis B ini secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu, jenis suka berterus terang dan satu lagi jenis, lebih suka memencilkan diri dan tidak gemar bercampur gaul dengan orang ramai. Orang yang berdarah jenis B tidak menunjukkan perubahan sikap yang ketara daripada usia kanak2 hingga tua. Ini bererti, walaupun usia semakin meningkat, namun mereka kelihatan masih berjiwa muda.
Biasanya berkarakter ingin tahu, memilik banyak ketertarikan di pelbagai bidang, semangat biasanya cepat naik tetapi juga cepat padam, selalu ingin menjadi orang yang superior dan diperhatikan dari orang lain.
Simple! Itulah ungkapan yang paling tepat untuk anda . Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya denga cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian

Cara Berkomunikasi Dengan Mereka Berdarah B
 Ada karakter ada gaya. Orang bergolongan darah B memiliki karakter yang berbeza dengan mereka yang bergolongan darah A. Mereka lebih praktis, egois, kreatif, optimis dan bebas dalam berfikir. Mereka juga memiliki kecenderungan mengerjakan segala sesuatu secara individual. Oleh karena itu, di Jepun, untuk membentuk sebuah kumpulan yang kuat sehingga motto yang digagas John C. Maxwell: teamwork makes the dream work benar-benar menjadi kenyataan, orang golongan darah B ini biasanya kurang dilibatkan.
* Mulailah pembicaraan dengan runtun, jangan melompat-lompat kerana mereka kurang menyukai hal-hal yang tidak teratur.
* Jangan memulai pembicaraan tanpa mengakhirinya.
* Gunakan data-data tepat, bukan rekaan.
* Jika mengajak kerjasama, pastikan bahwa mereka bersedia.
* Berbicaralah kepada otaknya bukan hatinya. Gunakan lebih banyak fakta rasional daripada sosial.
* Jangan menggunakan gaya bicara yang terburu-buru.
Orang dengan golongan darah B lebih suka mendengarkan uraian rinci dan runtun. Mereka suka ada awal dan akhir dari sebuah percakapan. Kerana mereka sangat prihatin dengan apa yang telah dimulai untuk dapat diakhiri. Mereka tidak suka orang yang berbicara secara tidak jelas dan tanpa pertimbangan rasional kerana mereka lebih menggunakan logik  daripada perasaannya.

DARAH AB
Manakala bagi orang yang berdarah jenis AB pula, mereka dilihat takut pada orang asing semasa kecil dan tidak suka bercakap. Tetapi sikapnya berubah dengan ketara apabila suka berkawan dengan ramai orang dan gemar melalui pergaulan yang bebas. Orang yang berdarah jenis AB bersikap optimis dan mudah berpuashati. Bersikap sombong dan tidak mahu dengar nasihat orang lain ketika tua. 
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.
Biasanya memiliki perasaan yang sensitif, memilik perhatian terhadap sesamanya, jiwa sosial yang tinggi, terkadang suka memaksakan diri sendiri dalam mencapai sesuatu,orang yang memiliki golongan darah AB biasanya berfikir serius dalam menghadapi permasalahan.

Cara Berkomunikasi Dengan Mereka Berdarah AB
* Pertama-tama, ikuti dulu alur pembicaraan mereka.
* Selanjutnya, berbicaralah secara tegas kerana mereka mudah berubah-ubah.
* Bicaralah tentang seni dan metafisika untuk memulai percakapan yang lebih panjang jika hal itu diinginkan.
* Jika membuat janji, pastikan mereka memahaminya dan setuju.
* Jangan ambil keputusan sepihak kerana mereka termasuk orang yang suka menentukan sebuah keputusan secara sepihak. 
* Jangan terlalu banyak mengumbar kata dan janji kerana mereka sulit mengingat, apa lagi menjalankan kewajiban yang semakin banyak.

DARAH O
Selalu ikut nasihat ketika zaman kanak2 adalah sikap biasa ditunjukkan oleh orang yang berdarah jenis O. Tetapi selepas usia semakin meningkat, mereka akan cuba menunjukkan kelebihan sendiri dan mempunyai prinsip tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Malahan tidak mustahil mereka akan menjadi orang yang berwibawa dan berpengaruh. Dari kecil hingga tua, orang berdarah jenis ini umumnya tidak sombong dan patuh pada nasihat orang lain tetapi bersikap keras semasa tua. 
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.
Orang ini biasanya memiliki sifat sosial yang cukup tinggi, mudah bersosialisasi dengan orang lain, pintar menutupi sesuatu, biasanya orang ini terlihat tidak pernah memiliki masalah, orang ini biasanya sabar dan baik hati.

Cara Berkomunikasi Dengan Mereka Berdarah O
* Berbicaralah dengan semangat dan penuh vitalitas. Kerana mereka kurang menyukai orang-orang yang terkesan lemah, letih, lesu, lemas, letoy, dan loyo yang dianggap tidak dapat mengikuti rentak mereka yang penuh dengan energi.
* Jangan gunakan kata-kata negatif dan pesimis kerana kelompok kata itu tidak terdapat dalam kamus mereka yang penuh dengan semangat positif dan optimis.
* Ketika mengikat sebuah kontrak, pastikan dengan tegas bahwa mereka komit dengan apa yang telah disepakati dan dapat bertanggung jawab atas penyelesaiannya.
* Berkatalah dengan jujur kerana mereka juga demikian adanya. Sekali kebohongan terbongkar, mereka tidak akan percaya lagi pada lain kesempatan.
* Tunjukkan bahasa tubuh yang penuh keceriaan dan semangat.

                                      

Benda yang aku tulis nie just suka-suka je..jangan memberi 100% kepercayaan kat artikel nie…heheheheh..just for fun…
Tapi aku nak pesan kat korang jangan lupa untukmenderma darah..dengan darah yang didermakan kita dapat menyelamatkan satu nyawa…
Nie pic waktu aku derma darah kat UTM..dah 3 kali aku menderma…hehehehe




Keep smile ^_^

Tuesday, 7 January 2014

Pulau alien???...

                           
Pulau alien???...perlukah digelar macam tu..sedang sibuk-sibuk aku cari maklumat..kononnya untuk exam la..tiba-tiba aku terjumpa satu entri nie yang menceritakan tentang sebuah pulau nie…Pulau Socotra di Yemen...

                      

Pengakuan Oleh UNESCO
Pulau ini diakui UNESCO sebagai satu warisan alam dunia pada Julai 2008. Perlindungan keterlaluan terhadap pulau ini hingga tidak dibangun fasiliti bagi pengunjung seperti hotel, restoran, dan bangunan lainnya meski pulau ini memiliki potensi sebagai tempat bercuti yang luar biasa.

Hal Lain Mengenai Pulau Ini
Bahasa asli penduduk di pulau ini adalah Bahasa Semit Soqotri yang hanya diucapkan di pulau Socotra. Terlepas dari keindahan alam Pulau Socotra, banyak ilmuwan yang tertarik dan meneliti pulau yang memiliki flora dan fauna yang boleh saya katakan “lain dari yang lain” . Sebahagian ilmuwan berpendapat flora dan fauna di pulau ini merupakan spesies yang hidup di masa lampau dan belum pernah diidentifikasi sebelumnya. Karana letak pulau yang terasing dari dunia luar dan karakteristik iklimnya yang unik, flora dan fauna ini masih bertahan hidup hingga saat ini. Demikianlah sekilas mengenai Pulau Socotra,dengan segala keunikan dan keindahan alamnya, tidak hairan jika UNESCO dan pemerintah Yaman bermati-matian mempertahankan keaslian pulau ini.

Sejarah pulau Socotra
Nama socotra berasal dari bahasa sansekerta, ‘sukhadhara dvipa’ yang berarti “pulau kebahagiaan“. Menurut sejarah, penduduk pulau socotra telah memeluk Kristen sejak tahun 52 setelah masehi. Pada abad 10, seorang ahli geografi Arab yang bernama Abu Muhammad Al-Hassan Al-Hamdani menyatakan bahwa pada masanya, penduduk Socotra majoriti memeluk agama Kristen. Konon mereka juga telah mempraktikkan ritual sihir kuno.

Pada tahun 1507, armada Portugis mendarat di pulau ini. Tujuan mereka adalah untuk menghentikan perdagangan Arab dari Laut Merah ke Samudra Hindi serta untuk menghapuskan aturan-aturan Islam dalam perdagangan tersebut. Namun, invasi Portugis ini tidak berjaya karena penduduk setempat menentang mereka. Pada tahun 1511, pulau ini dikuasai oleh Kesultanan Mahra. 456 tahun kemudian, tepatnya pada tanggal 30 November 1967, Pulau Socotra menjadi bagian dari Republik Rakyat Yaman Selatan yang pada saat ini telah berubah menjadi Republik Yaman.


Geografi dan Iklim
Pulau Socotra termasuk tempat yang paling terpencil di dunia. Sebenarnya Socotra merupakan sebuah kepulauan. Pulau Socotra sendiri merupakan pulau utama, sedang 3 pulau kecil lainnya bernama pulau Abd Al Kuri, Pulau Samhah,dan Pulau Darsa. Puncak tertinggi di Pulau Socotra adalah pegunungan Haghier dengan ketinggian 1500m dari permukaan laut. Iklim di pulau ini diklasifikasikan sebagai iklim koppen dengan suhu tahunan rata-rata diatas 18 derajat Celcius.


Flora dan Fauna
Inilah yang membuat pulau ini begitu terkenal akan keeksotisannya, sekaligus menjadi misteri tersendiri. Karakteristik iklim dan geologi pulau ini yang unik menjadikan flora-flora yang tumbuh di pulau ini unik. Bahkan floranya termasuk tumbuhan endemik, jadi tumbuhan tersebut hanya ada di pulau Socotra. Ada pula beberapa tumbuhan yang terancam hidup di pulau ini. Flora dengan bentuk aneh sepertipohon Darah Naga (Dracanea Cinnabari) menjadi ikon khas pulau ini. Konon getah pohon ini digunakan penduduknya sebagai ubat dari segala penyakit. Flora unik lainnya adalah tanaman raksasa Dorstenia, Dendrosicyos, pohon Delima Socotra yang langka (punica protopunica).


       

             
semoga entri nie memberi manfaat....

"Allah menciptakan alam semesta ini tidaklah sia-sia karana semua yang ada di dalamnya memiliki manfaat yang berbeza-beza, semuanya tunduk dan patuh kepada yang telah di perintahkan, hanya manusia saja yang tidak pernah puas atas apa yang telah mereka miliki dengan terus mereka menggali, mencari dan menyelidiki apa yang menguntungkan untuk mereka…"

Wallahua’lam…
keep smile... ^_^