Wednesday, 8 January 2014

Kenali personality anda melalui jenis darah…

Rasa lapang sikit sebab paper exam dah tak banyak…mulalah tangan aku menyelongkar maklumat-maklumat dalam google nie….selongkar punya selongkar aku terjumpa satu entri tentang personality seseorang…
Sebenarnya benda nie sekadar suka-suka..jangan korang percaya bulat-bulat apa yang aku nak tulis nie tauu….tudiaaaa…. rahsia personality melalui jenis darah..artikel nie aku  jumpa waktu aku melayari internet…hehehehe

Moh kita tengok sama-sama:

                      
DARAH A
Ketika kecil, orang yang berdarah jenis A biasanya suka bercampur gaul dengan orang lasak. Selepas memperolehi sesuatu pekerjaan dan kaya dengan pengalaman hidup, orang seperti ini dapat mengawal perasaan sendiri dan lebih bersifat matang. Bagaimanapun, ketika tua kelak, orang yang berdarah jenis A ini akan menunjukkan sikap yang degil dan keras kepala. Biasanya orannya serius dan penyabar, tegas dan dapat dipercayai, berfikir secara menyeluruh, konsisten, keras kepala. Orang golongan darah A ini biasanya suka menyendiri kerana memiliki idealisme.
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidupnya. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu disekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan.

Cara Berkomunikasi Dengan Mereka Berdarah A 
* Jangan mengangkat topik yang konfrontatif, misalnya, topik kontroversial kerana mereka orang yang tidak suka membuat konfrontasi dengan lawan bicara.
* Gunakan kata-kata yang relatif sopan kerana mereka sangat sensitif dan terkadang konservatif sehingga kata-kata yang tidak sesuai dengan standard kesopanan minimal akan dapat menyinggung mereka.
* Jika menjawab usahakan dengan lengkap dan bermakna kerana mereka adalah orang yang sangat sempurna dan kurang menyukai hal yang setengah-setengah.
* Mintalah pandangan dan pendapat mereka kerana mereka sangat kreatif untuk hal ini dan dengarkan dengan saksama ketika mereka menjelaskan.
* Jangan melebihi mereka saat menyampaikan sesuatu. Maksudnya, jangan sampai mereka merasa dilampaui dalam hal kepintaran dan pengalaman, misalnya.
* Hargai mereka dengan memuji seperlunya kerana pujian yang berlebihan akan membuat mereka ragu dengan ketulusan si pemuji.

DARAH B                                    
Bagi berdarah jenis B pula, mereka dapat melalui zaman kanak2 yang cukup bahagia dan seronok. Apabila meningkat dewasa, orang yang berdarah jenis B ini secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu, jenis suka berterus terang dan satu lagi jenis, lebih suka memencilkan diri dan tidak gemar bercampur gaul dengan orang ramai. Orang yang berdarah jenis B tidak menunjukkan perubahan sikap yang ketara daripada usia kanak2 hingga tua. Ini bererti, walaupun usia semakin meningkat, namun mereka kelihatan masih berjiwa muda.
Biasanya berkarakter ingin tahu, memilik banyak ketertarikan di pelbagai bidang, semangat biasanya cepat naik tetapi juga cepat padam, selalu ingin menjadi orang yang superior dan diperhatikan dari orang lain.
Simple! Itulah ungkapan yang paling tepat untuk anda . Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya denga cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian

Cara Berkomunikasi Dengan Mereka Berdarah B
 Ada karakter ada gaya. Orang bergolongan darah B memiliki karakter yang berbeza dengan mereka yang bergolongan darah A. Mereka lebih praktis, egois, kreatif, optimis dan bebas dalam berfikir. Mereka juga memiliki kecenderungan mengerjakan segala sesuatu secara individual. Oleh karena itu, di Jepun, untuk membentuk sebuah kumpulan yang kuat sehingga motto yang digagas John C. Maxwell: teamwork makes the dream work benar-benar menjadi kenyataan, orang golongan darah B ini biasanya kurang dilibatkan.
* Mulailah pembicaraan dengan runtun, jangan melompat-lompat kerana mereka kurang menyukai hal-hal yang tidak teratur.
* Jangan memulai pembicaraan tanpa mengakhirinya.
* Gunakan data-data tepat, bukan rekaan.
* Jika mengajak kerjasama, pastikan bahwa mereka bersedia.
* Berbicaralah kepada otaknya bukan hatinya. Gunakan lebih banyak fakta rasional daripada sosial.
* Jangan menggunakan gaya bicara yang terburu-buru.
Orang dengan golongan darah B lebih suka mendengarkan uraian rinci dan runtun. Mereka suka ada awal dan akhir dari sebuah percakapan. Kerana mereka sangat prihatin dengan apa yang telah dimulai untuk dapat diakhiri. Mereka tidak suka orang yang berbicara secara tidak jelas dan tanpa pertimbangan rasional kerana mereka lebih menggunakan logik  daripada perasaannya.

DARAH AB
Manakala bagi orang yang berdarah jenis AB pula, mereka dilihat takut pada orang asing semasa kecil dan tidak suka bercakap. Tetapi sikapnya berubah dengan ketara apabila suka berkawan dengan ramai orang dan gemar melalui pergaulan yang bebas. Orang yang berdarah jenis AB bersikap optimis dan mudah berpuashati. Bersikap sombong dan tidak mahu dengar nasihat orang lain ketika tua. 
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.
Biasanya memiliki perasaan yang sensitif, memilik perhatian terhadap sesamanya, jiwa sosial yang tinggi, terkadang suka memaksakan diri sendiri dalam mencapai sesuatu,orang yang memiliki golongan darah AB biasanya berfikir serius dalam menghadapi permasalahan.

Cara Berkomunikasi Dengan Mereka Berdarah AB
* Pertama-tama, ikuti dulu alur pembicaraan mereka.
* Selanjutnya, berbicaralah secara tegas kerana mereka mudah berubah-ubah.
* Bicaralah tentang seni dan metafisika untuk memulai percakapan yang lebih panjang jika hal itu diinginkan.
* Jika membuat janji, pastikan mereka memahaminya dan setuju.
* Jangan ambil keputusan sepihak kerana mereka termasuk orang yang suka menentukan sebuah keputusan secara sepihak. 
* Jangan terlalu banyak mengumbar kata dan janji kerana mereka sulit mengingat, apa lagi menjalankan kewajiban yang semakin banyak.

DARAH O
Selalu ikut nasihat ketika zaman kanak2 adalah sikap biasa ditunjukkan oleh orang yang berdarah jenis O. Tetapi selepas usia semakin meningkat, mereka akan cuba menunjukkan kelebihan sendiri dan mempunyai prinsip tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Malahan tidak mustahil mereka akan menjadi orang yang berwibawa dan berpengaruh. Dari kecil hingga tua, orang berdarah jenis ini umumnya tidak sombong dan patuh pada nasihat orang lain tetapi bersikap keras semasa tua. 
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.
Orang ini biasanya memiliki sifat sosial yang cukup tinggi, mudah bersosialisasi dengan orang lain, pintar menutupi sesuatu, biasanya orang ini terlihat tidak pernah memiliki masalah, orang ini biasanya sabar dan baik hati.

Cara Berkomunikasi Dengan Mereka Berdarah O
* Berbicaralah dengan semangat dan penuh vitalitas. Kerana mereka kurang menyukai orang-orang yang terkesan lemah, letih, lesu, lemas, letoy, dan loyo yang dianggap tidak dapat mengikuti rentak mereka yang penuh dengan energi.
* Jangan gunakan kata-kata negatif dan pesimis kerana kelompok kata itu tidak terdapat dalam kamus mereka yang penuh dengan semangat positif dan optimis.
* Ketika mengikat sebuah kontrak, pastikan dengan tegas bahwa mereka komit dengan apa yang telah disepakati dan dapat bertanggung jawab atas penyelesaiannya.
* Berkatalah dengan jujur kerana mereka juga demikian adanya. Sekali kebohongan terbongkar, mereka tidak akan percaya lagi pada lain kesempatan.
* Tunjukkan bahasa tubuh yang penuh keceriaan dan semangat.

                                      

Benda yang aku tulis nie just suka-suka je..jangan memberi 100% kepercayaan kat artikel nie…heheheheh..just for fun…
Tapi aku nak pesan kat korang jangan lupa untukmenderma darah..dengan darah yang didermakan kita dapat menyelamatkan satu nyawa…
Nie pic waktu aku derma darah kat UTM..dah 3 kali aku menderma…hehehehe




Keep smile ^_^

Tuesday, 7 January 2014

Pulau alien???...

                           
Pulau alien???...perlukah digelar macam tu..sedang sibuk-sibuk aku cari maklumat..kononnya untuk exam la..tiba-tiba aku terjumpa satu entri nie yang menceritakan tentang sebuah pulau nie…Pulau Socotra di Yemen...

                      

Pengakuan Oleh UNESCO
Pulau ini diakui UNESCO sebagai satu warisan alam dunia pada Julai 2008. Perlindungan keterlaluan terhadap pulau ini hingga tidak dibangun fasiliti bagi pengunjung seperti hotel, restoran, dan bangunan lainnya meski pulau ini memiliki potensi sebagai tempat bercuti yang luar biasa.

Hal Lain Mengenai Pulau Ini
Bahasa asli penduduk di pulau ini adalah Bahasa Semit Soqotri yang hanya diucapkan di pulau Socotra. Terlepas dari keindahan alam Pulau Socotra, banyak ilmuwan yang tertarik dan meneliti pulau yang memiliki flora dan fauna yang boleh saya katakan “lain dari yang lain” . Sebahagian ilmuwan berpendapat flora dan fauna di pulau ini merupakan spesies yang hidup di masa lampau dan belum pernah diidentifikasi sebelumnya. Karana letak pulau yang terasing dari dunia luar dan karakteristik iklimnya yang unik, flora dan fauna ini masih bertahan hidup hingga saat ini. Demikianlah sekilas mengenai Pulau Socotra,dengan segala keunikan dan keindahan alamnya, tidak hairan jika UNESCO dan pemerintah Yaman bermati-matian mempertahankan keaslian pulau ini.

Sejarah pulau Socotra
Nama socotra berasal dari bahasa sansekerta, ‘sukhadhara dvipa’ yang berarti “pulau kebahagiaan“. Menurut sejarah, penduduk pulau socotra telah memeluk Kristen sejak tahun 52 setelah masehi. Pada abad 10, seorang ahli geografi Arab yang bernama Abu Muhammad Al-Hassan Al-Hamdani menyatakan bahwa pada masanya, penduduk Socotra majoriti memeluk agama Kristen. Konon mereka juga telah mempraktikkan ritual sihir kuno.

Pada tahun 1507, armada Portugis mendarat di pulau ini. Tujuan mereka adalah untuk menghentikan perdagangan Arab dari Laut Merah ke Samudra Hindi serta untuk menghapuskan aturan-aturan Islam dalam perdagangan tersebut. Namun, invasi Portugis ini tidak berjaya karena penduduk setempat menentang mereka. Pada tahun 1511, pulau ini dikuasai oleh Kesultanan Mahra. 456 tahun kemudian, tepatnya pada tanggal 30 November 1967, Pulau Socotra menjadi bagian dari Republik Rakyat Yaman Selatan yang pada saat ini telah berubah menjadi Republik Yaman.


Geografi dan Iklim
Pulau Socotra termasuk tempat yang paling terpencil di dunia. Sebenarnya Socotra merupakan sebuah kepulauan. Pulau Socotra sendiri merupakan pulau utama, sedang 3 pulau kecil lainnya bernama pulau Abd Al Kuri, Pulau Samhah,dan Pulau Darsa. Puncak tertinggi di Pulau Socotra adalah pegunungan Haghier dengan ketinggian 1500m dari permukaan laut. Iklim di pulau ini diklasifikasikan sebagai iklim koppen dengan suhu tahunan rata-rata diatas 18 derajat Celcius.


Flora dan Fauna
Inilah yang membuat pulau ini begitu terkenal akan keeksotisannya, sekaligus menjadi misteri tersendiri. Karakteristik iklim dan geologi pulau ini yang unik menjadikan flora-flora yang tumbuh di pulau ini unik. Bahkan floranya termasuk tumbuhan endemik, jadi tumbuhan tersebut hanya ada di pulau Socotra. Ada pula beberapa tumbuhan yang terancam hidup di pulau ini. Flora dengan bentuk aneh sepertipohon Darah Naga (Dracanea Cinnabari) menjadi ikon khas pulau ini. Konon getah pohon ini digunakan penduduknya sebagai ubat dari segala penyakit. Flora unik lainnya adalah tanaman raksasa Dorstenia, Dendrosicyos, pohon Delima Socotra yang langka (punica protopunica).


       

             
semoga entri nie memberi manfaat....

"Allah menciptakan alam semesta ini tidaklah sia-sia karana semua yang ada di dalamnya memiliki manfaat yang berbeza-beza, semuanya tunduk dan patuh kepada yang telah di perintahkan, hanya manusia saja yang tidak pernah puas atas apa yang telah mereka miliki dengan terus mereka menggali, mencari dan menyelidiki apa yang menguntungkan untuk mereka…"

Wallahua’lam…
keep smile... ^_^

  

Sunday, 5 January 2014

Kenali watak diri melalui tulisan.....

Alamak dah berhabuk aku punya blog..banyak sawang la..padahal baru sebulan je aku  tak menjengah..wahai blog please be nice dengan aku noh…hahahhaha
Stress memikirkan yang aku nie nak exam..walaupon tinggal  2 paper je lagi, tapi tetap rasa getarannya…time nie la aku nak semak slide atau note yang lecture aku kasi…lepas tu mulalah jari jemari  aku nie buat  nota…perghhhhh..banyak giler sampai sakit tangan aku nie menulis..
                                                
Lepas terpandang tulisan aku yang seperti jalan kecil kat kampong aku..hahaha…dengan tulisan yang tak kemasnya, macam jalan kampong aku yang dah berlubang dan rosak (memang tak kemas la)..nie sebabkan oleh banyak mesin padi yang mai punggah padi waktu padi masak…adoooiiiii apa yang aku celotehkan nie…hahahahaha
 nie contoh jer tau (bukan tulisan aku) bajet macam tulisan aku nie cantik sangat...hahahahaha
Belek punya belek note kecik aku nie, tiba-tiba aku teringin nak tau kot-kot la ada makna disebalik jenis dan kekemasan tulisan seseorang tu..aku try la Tanya pada cik Google nie..akhirnya aku jumpa la satu page nie yang mengatakan maksud tulisan sesorang..hahahahaha..thank you la cik google sebab membantu…

Meh le kita tengok sama-sama:


Tekanan Dari kuat atau ringannya tekanan tulisan seseorang kita dapat mengetahui karakter orang tersebut. Boleh anda perhatikan dengan memperhatikan bekas goresan dibalik kertas.

Tekanan yang kuat:
 Orang yang tulisannya tebal hingga menimbulkan bekas coretan di sebalik kertas biasanya mereka mempunyai emosi yang tinggi. Terlalu mendalami perasaan mereka sama ada  sedang gembira atau sakit hati. Mereka menyerap segala sesuatu seperti span. 
Biasanya mereka juga mempunyai selera yang tinggi. Tegas dan mempunyai keinginan yang kuat bahkan cenderung memaksa orang lain untuk menuruti kemahuan mereka. Jadi selalunya orang yang mempunyai tekanan tulisan seperti ini biasanya kaku, susah menyesuaikan diri dalam pergaulan.

Tekanan yang ringan:
 Tulisan yang mempunyai tekanan halus mencerminkan keperibadian yang tenang dan santai. Mereka lebih bertoleransi... sukar mengambil keputusan dan biasanya mudah terpengaruh. 

SaizTulisan besar
 Orang yang menulis dengan saiz tulisan yang besar biasanya cenderung suka diperhatikan selalu ingin tampil di depan dan ingin kata-katanya didengari. 

Tulisan kecil Orang yang menulis dengan saiz kecil biasanya lebih memperhatikan terperinci Introspektif, cenderung lebih pendiam dan bebas.

Tulisan Condong

Tulisan Condong ke kanan Orang dengan tulisan seperti ini biasanya mempunyai watak yang impulsif emosi aktif, suka bergaul mesra, menyukai cabaran, lebih terbuka (ekstrovert) dan ekspresif. 

Tulisan Condong ke kiri
 Jenis tulisan seperti ini biasanya penulisnya bersikap menutup diri (introvert). Lebih proektif selalu berfikiran logik dan mencerminkan sifat seseorang yang lebih menarik diri.

Tegak lurus
 Orang yang mempunyai tulisan tegak lurus mencerminkan seseorang yang boleh mengawal diri dan boleh menahan.


setiap yang dikatakan kat atas nie tak semestinya betul..sekadar berkongsi apa yang aku dapat..hahahhaha

WallahuA'lam.
Keep smile.. ^_^