Sunday, 15 December 2013

Pemuda mengamuk serang cawangan P1…

P1 adalah salah satu perkhidmatan internet yang kita boleh layari…sekarang nie aku dengar kisah yang P1 nie banyak menipu pengguna….
Masalah penipuan oleh P1 nie semakin menjadi-jadi..pihak P1 pula seperti enggan mengambil sebarang tindakan bagi menteteramkan pengguna mereka..masalah semakin rumit sehingga ada yang telah menubuhkan sata group kat facebook yang mengutuk perbuatan P1 nie..
Tadi waktu aku tengok kat group tu dah hampir mencecah 15,000 orang..fuhhh..ramai jugak orang yang memboikot P1 nie noh..group tu kalau tak silap aku adalah “P1 wimax suck”..group tu juga turut mendapat perhatian orang ramai termasuk wartawan dari Malay mail..
Pastu aku ada juga terdengar pulak berlaku kekecohan yang berlaku di salah sebuah cawangan P1..pengguna itu berang dengan tindakan P1 wimax yang telah menyebabkan dirinya di CTOS walaupun telah berhenti melanggan perkhidmatan P1 wimax…

        



Semakin lama semakin banyak pendedahan yang dibuat..sehingga pelbagai langkah yang dilakukan oleh mereka untuk mengajak orang awam supaya memboikot P1 nie…

                                    

 

Aku berharap yang masalah nie dapat diselaisaikan dengan segera..sebelum menjadi lebih parah….
Keep smile ^_^

Saturday, 14 December 2013

ubati diri, ubati hati….

Kesilapan dalam hidup tak boleh dihindar..jika berlaku biarlah berlaku…Cuma yang boleh kita lakukan perbaiki diri serta kesilapan diri..setiap individu mempunyai kelemahan dan mampu mencorak kehidupan sendiri…coraklah kehidupan kita dengan apa yang kita sukai…ingat setiap "Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula..perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita..bukan pandangan manusia"….
Kadang-kadang aku terfikir kita selalu menjadi sempurna di hadapan manusia tanpa sedar sebenarnya kita tidak begitu sempurna pada mata pencipta…aku akui yang kekurangan diri menjadi faktor pada aku menyendiri tapi aku juga sedar yang kekurangan diri aku nie menjadi faktor penyumbang untuk aku maju kehadapan…

Masalah yang dihadapi oleh aku membuatkan aku lebih kuat dan tabah dengan setiap dugaan dan cubaan yang diberikan…tapi aku rasa aku tidak kuat untuk meneruskannya berseorangan..aku meluahkan masalah kepada manusia lain yang aku anggap mampu untuk mendengar dan memberi nasihat yang baik untuk aku…

                                       

Kat sini aku nak beri kata-kata semangat yang boleh kita ambil sebagai iktibar dan jadi pegangan dalam hidup….
1.   Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
2. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
3.   Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
4.   Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
5.   Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
6.   Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
7.   Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
8.   Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.
9.   Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
10.                Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
11.                Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
12.                "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
13.                "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"
14 "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.                                                          
keep smile..^_^


Thursday, 12 December 2013

Rahsia Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir..

Dalam kelas membuatkan aku jemu..kawan-kawan aku sibuk Membentangkan assessment yang dibuat..aku pula sibuk update blog…hehehehhee…kat sini aku nak  cerita tentang personality dari kiraan tarikh lahir..nie hanyalah sebagai suka-suka je..
Mari Kita Kira..

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Lepas 2 korang boleh tengok Keterangan nombor lahir korang:

1. Ketulenan
# Hadir dengan idea baru.
#Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
#Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
 #Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
#Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
·         Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach


2. Pendamai
#Dilahirkan sebagai diplomat.
# Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
#Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
#Mereka tidak suka bersendirian.
#Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
# Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.


3. Ceria
# Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
# Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
# Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
# Mereka sangat popular dan idealistik.
# Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster


4. Konservatif
# Golongan ini sangat peka dan tradisional.
# Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
# Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
# Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
 #Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
# Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
# Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan


5. Perintis
# Mereka adalah perintis.
# Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
# Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
# Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
# Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
# Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.


6. Romantik
# Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
# Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
# Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
# Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
# Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
# Mereka suka seni musik.
# Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
# Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn


7. Intelektual
# Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
# Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
# Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
# Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
# Mereka sangat suka berahsia.
# Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana


8. Penyelesaian
# Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
# Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
# Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
# Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
# Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
# Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.


9. Pelakon
# Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
# Mereka sangat penyayang dan pemurah.
# Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
# Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
# Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
# Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
# Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Keep smile… ^_^

Wednesday, 4 December 2013

Rahsia Tarikh Lahir Kaedah Sains Metafizik.

Sebelum nie aku ada update tentang rahsia tarikh lahir..aku nie jenis suka yang membaca  benda-benda di internet tetang peribadi diri atau sifat seseorang melalui blog-blog yang ada kat internet..aku ada terjumpa kaedah untuk tengok sifat melalui kaedah sains metafizik…aku sedikit teruja nak mengira…siap guna kalkulator lagi…hehehe

Kat sini aku sediakan kaedah dan cara pengiraan:


Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..
2: Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin
Kat sini jawapan bagi setiap no yang korang dapat:
1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Aku dah kira yang aku…hasilnya aku dapat no 8, 2 n 1…
Teruja aku baca..tapi yang tentang no 8 tentang bisnes tu aku x pasti sama ada aku tergolong dalam orang yang berbisnes…hahahahaha
Keep smile… ^_^