Tips nie aku dapat waktu aku tonton buletin cinta
kat tv3…sketsa yang memaparkan ragam cinta-cintun pasangan bercinta..hehehe

Ini Antara tips dari dr love yang aku sempat
tengok…hahahaa
1)elakkan sebarang penipuan dengan pasangan…
Contoh:
Lelaki membohongi pasangan dengan mengatakan
yang dia tu pilot..tapi rupanya jaga toilet..hahahahaha
*jangan menipu tapi tuluslah dengan hati dan perasaan
anda..walaupun anda pencuci tandas, tapi yang nak dicuci tu hati..jadi jujurlah
dalam setiap perhubungan…
2) hormat menghormati pasangan dan orang tua..
Perlu hormat orang tua..nie
jangan jumpa orang tua pun tak dak hormat.. kalau setakat rupa ja ada tapi
kalau jumpa mak bapak “lu apa hal” buat ape..biar rupa tak ada tapi budi bahasa
tu yang penting…
3) kejutan
Ini khasnya bagi kaum lelaki..si gadis nie suka
sangat kejutan..korang bagi je kejutan apa pon..si gadis nie mungkin akan suka
pada kejutan korang..bagi la kejutan hadiah coklat, atau bunga untuk si
gadis..nie bagi mengambil hati pada si gadis…hehehe
4) cemburu
Dalam percintaan tu perlu adanya cemburu..tapi
kalau cemburu yang melebih-lebih akan menyebabkan bahagia kepada
bahana..hehehehe
Contoh:
Lelaki: U nie kenapa??..belum ape-ape u dah
curang dengan i..
Perempuan: bila I curang dengan u??..
Lelaki: I Nampak u sembang dengan kondaktor
bas!!!
Perempuan: memang la sebab i kena Tanya tambang
nak pergi pekan tu…
Lelaki: tak kira merajuk juga…
Perempuan: $%*&@%$*&
Perghhh..cemburu yang buta yang membuatkan
pasangan tu mudah bergaduh..ambil benda
elok jadikan pengajaran dan benda tak elok tu jadikan contoh..

5) jangan terlalu meminta-minta
Nie khusunya untuk kaum perempuan..elakkan dari
perbuatan yang meminta-minta..kemarin minta kereta,semalam minta rantai, hari
nie mintak rumah…demandnye kau.. Buat kaum perempuan jangan la meminta-minta
takut nanti kaum lelaki pula yang mintak diri…hehehehe
6) keperibadian yang baik
Nie untuk kaum perempuan..kaum lelaki nie memang
Nampak je kasar tapi sebenarnya suka pada kelembutan, sopan santun, perempuan yang cakap
benda-benda yang elok..nie cakap pun pakai “bro”, “lu”, “gua” memang cari pasal
la...terkejut beruk si lelaki kalau tengok macam tu..kalau macam tu lebih baik awak
tu masuk tomoi ja..hahahaha
7) jangan berlaku curang..
Nie untuk pasangan jangan lah berlaku kecurangan
di belakang pasangan ada..kalau ada tu cuba jauhkan noh..kalau ada si lelaki
yang cuba menduakan anda dalam perhubungan ucapkanlah “selamat jalan romeo,
hanya untukmu sayang”…hehehehehehe

8) puji-memuji
Kaum lelaki nie pantang dipuji..cakap je sikit
kompom dia suka punya..hahaha..
Perempuan: awak nie badan gagah perkasa,
ketul-ketul..
Lelaki: (senyum)
*la agak-agak nak puji pun..nie puji ke
keji..agak-agak la..tak kan lelaki tu tak boleh berfikir…hahaha..tu la lelaki
pantang dipuji..walaupun badan dia sekeping tapi silap-silap balik rumah tengok
cermin..
Nie Antara yang aku sempat tengok dalam buletin cinta
tu..kalau korang baca memang agak mengarut sikit tapi boleh diguna pakai dalam
setiap perhubungan..
keep smile ^_^
hehe..memang menarik tip ni...;-)
ReplyDeletenanti boleh la guna.. =)
Delete